"Perang" Ramli - Musa bakal meletus lagi?

Oleh Tok Pijat
Datuk Ramli Yusuff akhirnya mencapai "kemenangan'[ramli+yusof.jpg] setelah berjuang hampir 2 tahun setengah. Beliau di bebaskan oleh Mahkamah Syesyen Kuala Lumpur dari tuduhan kegagalan isytihar asetnya.

Kes Datuk Ramli ini dilihat sebagai siri "peperangan" melawan IGP Musa dalam kepimpinan PDRM. Lebih-lebih lagi apabila Datuk Ramli adalah orang ketiga dalam hieraki kepmpinan PDRM yang boleh menggugt IGP Musa.


Apabila Datuk Ramli mula "mengusik" orang Musa yang terlibat dengan aktiviti kongsi gelap iaitu Goh Cheng Poh @ Tengku" , maka bermulalah "api peperangan" antara orang nombor satu dengan orang nombor tiga PDRM.

Dengan bebasnya Datuk Ramli, nampaknya tidur IGP Musa dan AG Gani kembali "tidak lena". AG Gani dilihat berkerjasama dengan IGP Musa apabila Jabatan Peguam Negara tidak mengeluarkan adffidavit yang menyebabkan Datuk Ramli terpaksa menggunakan khidmat peguam luar, Rosli Dahlan.
Kalau kita menngamati kes ini, ianya sama seperti kes Anwar. Anwar disabitkan kes liwat oleh PM Najib. Manakala Datuk Yusuff dengan kes rasuah. Matlamatnya untuk halang kekuasaan digugat.

Najib dan Musa serta Gani bergading bahu bersatu untuk halang Anwar menduduki Putrajaya. Ini kerana jika Anwar berjaya menduduki Putrajaya bermakna 1001 skandal mereka bertiga akan "dilondeh" kepada rakyat.
Datuk Ramli Yusuff pernah menjawat Ketua Polis Terengganu semasa era pemerintahan PAS. Semasa di Terengganmu hubungan beliau dan PDRM dengan Kerajaan Negeri amat mesra dan mendapat kerjasama.

http://tokpepijat.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.