PERKASA - perjuangan Melayu atau politik semata-mata



Image


Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia atau perkasa hari ini memulakan Mesyuarat Agung yang pertama yang menandakan penubuhan mereka sebagai NGO Melayu. Presidennya Ibrahim Ali yang bertindak sebagai peneraju pertubuhan itu, melangkah mahu memperjuangkan Melayu dalam semua aspek – ekonomi, sosial dan politik – mungkin.

Mesyuarat telah menjemput Dr Mahathir untuk merasmikan Mesyuarat Agugn tersebut yang di hadiri oleh lebih kurang 4,000 Melayu. Dr Mahathir kemudiannya telah dianugerahkan ‘Bintang Perkasa Peribumi Negara'. PERKASA – dikatakan akan menjadi benteng orang Melayu dalam usaha untuk menjayakan agenda Melayu.

Sungguhpun begitu – kehadiran PERKASA juga memperlihatkan kontradiksi dengan konsep 1 Malaysia sungguhpun dimaklumkan kepada kami PERKASA – cenderung kepada perjuangan Melayu dan tidak mendiskriminasikan kaum lain. Melawat laman web perkasa - http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/ kecenderungan mengenai isu Melayu memberi sedikit kegusaran – apabila kecenderungan ini nampak jelas mempersoalkan kaum lain khususnya Cina. Topik utama dalam web tersebut – di rekodkan pada 3.00am 28hb Mac 2010 – membawa 1 berita teratas - Jangan tunduk pada ugutan parti Cina – UMNO dan PAS perlu berdialog. Dalam artikel PERKASA itu menyebut - bahawa satu demi satu tuntutan kaum Cina berjaya dipenuhi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-12. PERKASA menyebut bahawa kaum Cina – dalam soal ini seolah-olah mengugut bahawa sekiranya tuntutan mereka tidak di lunaskan maka mereka akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat – khususnya PKR yang sanggup menyerahkan apa sahaja ( ie Hak Melayu ) kepada Cina untuk politik mereka.

Adakah PERKASA ini akan dijadikan alat tuntutan hak Melayu kepada UMNO nanti – atau kekukuhan PERKASA akan hanya meloncatkan nilai Ibrahim Ali. Bercakap kepada salah seorang yang tidak mahu di kenali – editor sebuah majalah beliau menyimpulkan bahawa PERKASA akan di anggotai dan di terajui oleh beberapa kumpulan dan kumpulan itu adalah : Kumpulan mereka yang dalam UMNO – dikatakan oleh editor hanya 50% dijangka beliau adalah ahli UMNO yang hadir, kumpulan bekas pemimpin UMNO yang terkeluar dari UMNO dan mahu membina tapak politik selanjutnya – di katakan Ibrahim Ali dan kumpulan mereka yang menolak PR.

Sungguhpun idea dialog PAS dan UMNO diusulkan oleh PERKASA, tetapi PERKASA perlu faham cadangan mereka adalah untuk penyatuan Melayu tidak seharusnya tertumpu pada kumpulan politik sahaja – kerana ini akan hanya menampakkan arah kecenderungan politik semata-mata.

Apa pun menurut laporan www.malaysiakini.com selepas Perhimpunan Agung itu, kumpulan wira-wira PERKASA telah hadir untuk membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim – bagi www.umno-reform2.com ini tidak akan mencalarkan Anwar tetapi lebih meningkatkan populariti beliau khususnya di kalangan bangsa lain – yang membaca PERKASA adalah sub kontraktor kepada UMNO dalam perjuangan politik Melayu. Keadaan ini tidak akan membantu mengempiskan gelodak politik yang ada hari ini malah akan lebih menyulitkan – khususnya dengan konsep 1 Malaysia. Usaha PERKASA secara asas adalah penting dan baik namun bagi www.umno-reform2.com komposisi khususnya Presidennya Ibrahim Ali tidak akan menjadi ikon mantap untuk pergerakan tersebut kerana rekod Ibrahim Ali yang selalu hadir untuk menentukan politik diri dengan agenda tersendiri. Maaf atas komen itu kerana itu adalah komen jujur www.umno-reform2.com dalam isu Melayu dan Ibrahim Ali.

Anuar Mohd Nor


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.