PM minta MCA selesai segera krisis dalaman parti

PUTRAJAYA 11 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat MCA dapat menyelesaikan krisis dalaman parti dengan secepat mungkin bagi mengukuhkan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri mahu penyelesaian dilakukan sama ada melalui pemilihan baru atau sebarang bentuk persefahaman di kalangan para pemimpin MCA sendiri.

``Ini selagi mana (penyelesaian) membolehkan MCA menjadi parti berwibawa untuk mewakili masyarakat Cina dan Malaysia secara keseluruhannya.

``Saya harap (masalah) dihentikan secepat mungkin dan saya fikir masalah politik tidak seharusnya berlarutan kerana fokus utama kita adalah memberikan perkhidmatan kepada rakyat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) di sini hari ini

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.