Polis Siasat Anwar Di Ibu Pejabat KEADILAN

PETALING JAYA 11 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kini disoalsiasat lima pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Pegawai polis tersebut tiba di ibu pejabat KEADILAN pukul 11.25 pagi dan menemubual Anwar di tingkat tiga.

Semasa soalsiasat Ketua Pembangkang itu ditemani oleh Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa selaku peguam dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak Sim Tze Tzin.

Difahamkan polis mengambil keterangan daripada Anwar berhubung empat laporan polis dari Batu Maung, Kepala Batas, Kampung Baru (Bukit Mertajam) dan Kubang Semang terhadap ceramah beliau di Pulau Pinang.

Anwar dijangka mengadakan sidang media selepas memberi keterangan beliau kepada pihak polis.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.