Politik Kebencian: UMNO memulakannya

Oleh: zahash

"Suatu perkara yang perlu kepada penilain semula tentang apa yang berlaku di dalam masyarakat pada hari ini, ialah bagaimana politk kebencian boleh timbul dan mekar di dalam negara kita, politik kebencian adalah sesuatu yang tidak di amalkan oleh rasulullah saw dan juga pada nabi-nabi, yang ada pada zamana tersebut ialah tanggungjawab dan amanah yang perlu di laksanakan, perbicangan hari ini ialah berkaitan dengan politik kebencian.

Terbaca satu artikel yang di tulis oleh UMNO http://umno-online.com/?p=1116 yang telah meletakkan bahawa PAS lah pencetus politik kebencian dengan memandai-mandai mengetahui apa yang ada dalam hati PAS tentang sumbangan UMNO pada Islam.

Untuk pengetahuan UMNO, PAS ada neraca sendiri untuk menilai UMNO samada dia membela Islam atau tidak dan neraca PAS ialah Al Quran dan As Sunnah, jangan UMNO dok mengigau bahawa buat masjid itu satu benda yang boleh dianggap kerja utama di dalam Islam walaupun ianya salah satu kerja penting, Rasulullah pernah memerintahkan supaya masjid di bakar kerana ia di bina bukan di atas takwa tetapi atas dasar nak pecah belahkan manusia, berapa banyak masjid yang UMNO bina bertujuan untuk itu?

Berbalik kepada persoalan politik kebencian, selama 50 tahun lebih UMNO memerintah Malaysia, dan perjuangan kemerdekaan Malaysia sebenarnya bermula sejak daripada hari pertama Melaka di jajah oleh Portugis, berbagai pihak telah bangkit dan berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu ini, dan pada hari ini sejarah kemerdekaan Tanah Melayu hanya di baca mulai tahun 1946 kononya UMNO lah yang mempelopori perjuangan kemerdekaan, namun sebelum dari itu mereka yang telah mengorbankan bukan sahaja harta tapi nyawa dan umur mereka untuk kemerdekaan telah di nafikan sumbangan, bahkan ada yang menjadi mangsa politik kebencian UMNO, apabila UMNO mahu menjadikan diri mereka sebagai hero orang Melayu, UMNO mesti menjadikan penduduk tanah melayu ini benci kepada musuh-musuh mereka, maka di terapkan rasa kebencian kepada perjuang kemerdekaan dan perjuangan mereka, tentu kita ingat ucapan Dato’ Onn tentang ‘bahaya dari gunung’ yang di tujukan kepada Hizbul Muslimin , begitu juga tohmahan yang di tujukan kepada pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, sebagai contoh Shamsiah Fakeh yang telah terfitnah yang akhirnya menghabiskan hampir separuh umurnya di luar negara, shamsiah fakeh pernah meluahkan tentang UMNO

“seperkara yang menghairankan dan menyedihkan ialah parti UMNO, ini mengambil politik dan pendirian yang bekerjasama dengan penjajah Inggeris dan menentang parti dan pertubuhan kebangsaaan sayap kiri, UMNO mulanya memakai semboyan ‘Hidup Melayu’ dan menentang semboyan ‘merdeka’. Dipandang daripada pengertian politik revolusioner, bahawa UMNO adalah parti reaksioner. Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, tidak ada ahli UMNO yang di tangkap atau di penjarakan oleh kerajaan British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati di tali gantung’

Memoir Shasiah Fakeh: dari Awas ke rejimen10: m/s 30

Itu pandangan orang yang pernah di kenakan politik kebencian oleh UMNO, ramai danbanyak pihak lagi yang di hemburkan dengan berbagai fitnah semata-mata perasaan benci UMNO kepada mereka dan demi untuk memenangi hati rakyat jelata.

Pasca kemerdekaan UMNO semakin garang dan semakin galak dalam memerintah negara, sekatan demi sekatan di kenakan kepada parti pembangkang, penyokong-penyokong dan ahli-ahlinya di semua peringkat. Atas dasar kebencian kepada penyokong PAS, jika sekiranya penyokong PAS itu petani, di nafikan segala subsidi, jika sekiranya penyokog PAS itu kakitangan kerajaan (guru terutama) akan di tukar ketempat yang paling tidak munasabah, kalau sekiranya penyokong itu mempunyai anak di nafikan biasiswa dan bantuan serta peluang ke asrama penuh, walaupun cemerlang, ibarat kata UMNO BENCI KEPADA PAS ULAT TAIK, jika sekiranya di lihat ada penyokong PAS mendapat sedikit kesenangan maka akan di usahakan juga agar kesenangan itu hilang dari penyokong PAS. Namun tiba-tiba UMNO kata PAS yang menimbulkan dan menjadi punca politik kebencian.

Atas dasar politik kebencian la, UMNO telah menyekat Royalti Petroleum kepada kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan, atas dasar kebencian la hak parti politik yang berdaftar secara sah di Malaysia untuk muncul di Media Elektronik dinafikan walaupun mereka Menteri Besar, hampir semua tidakan zalim yang disifatkan oleh Presiden PAS sebagai seperti firaun itu di lakukan oleh UMNO

Lahir lagi berbagai perkara akibat politik kebencian UMNO ini, yang kita lihat semakin lama semakin buruk, Agensi Kerajaan, Jabatan Kehakiman, dan akhir-akhir ini kita lihat intitusi Di Raja jugak cuba untuk di heret bersama politik kebencian UMNO ini.

Bagi PAS, kita tidak mengamalkan hal seperti ini, kita kena ikut apa yang Rasulullah lakukan, tetap berdakwah dan pergi berjumpa dengan golongan Jahiliyyah Quraisy untuk memujuk mereka, tetap tidak menghukum kaum Thaqif di Taif walaupun Rasulullah di hujani dengan batu, kita juga mengikut sunnah nabi Musa yang tetap pergi kepada Firaun walaupun firaun pernah menyuapnya dengan bara api dengan penuh kebencian, namum politik kebencian itu tidak boleh di amalkan…biarkanlah UMNO dengan tradisi mereka kerana ajal mereka semakin hampir.

Timbul pulak serangan yang kononya di lakukan oleh penyokong PAS, itu hanyalah sedikit tindak balas yang di lakukan oleh pemuda yang tahap kesabaran mereka habis sebagaimana Saad bin Abi Waqqas pernah menyerang seorang kafir Quraisy yang menghalangnya dari bersembahyang ketika di Makkah, apabila sampai berita itu kepada Rasulullah saw, baginda tidak memarahi Saad cuma memberitahu masa belum tiba wahai Saad

www.zahidyusof.blogspot.com

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.