PRK Hulu Selangor: Noh Suruh Henti Debat Pasal Calon.Gaduh2
Hentikan debat soal calon di Hulu Selangor
KENINGAU 28 Mac - Semua pihak diminta menghentikan perdebatan mengenai calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebaliknya perkara itu haruslah diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membuat keputusan.
"Soal calon, kita jangan perdebatkan serta jangan menimbulkan kekeliruan dan saya harap jangan ramai sangat yang memberi pendapat, biarlah ditentukan oleh pucuk pimpinan sahaja.
"Saya amat yakin pucuk pimpinan lebih tahu daripada kita di bawah dan saya percaya kalau kita rasa hendak menang saya yakin dia (pucuk pimpinan) pun mesti hendak menang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pengagihan ternakan ruminan kali ke-empat di bawah program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di stesen pembiakan ternakan JPHPT Keningau dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Mokhtar Ismail.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad, Khamis lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi berkenaan selepas menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen tersebut pada 2 April ini.
Menurut Noh, pihaknya akan menyokong siapa sahaja calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan bagi memastikan kemenangan BN.
Dalam pada itu, katanya, beliau yakin BN akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan sokongan yang diterima.
Katanya, pada masa ini pihaknya juga telah menyusun jentera parti bagi menjalankan kempen termasuk melibatkan penyertaan semua negeri.
"Kita telah pun membuat penyusunan jentera dan saya ingat Sabah juga akan datang untuk membantu di Hulu Selangor," katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment