Rakyat Ditindaskan Projek Diutamakan!

TNB: Penduduk Kampung Sungai Terentak mahu adakan demo


RAWANG 16 Mac - Penduduk Kampung Sungai Terentak di sini tetap mempertahankan kampung mereka dari ‘diceroboh’ Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bercadang mengadakan demontrasi esok.

Ia berikutan projek pemasangan kabel berkuasa tinggi TNB itu dibantah kerana ia dikhuatiri mendatangkan risiko kepada penduduk kampong.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei ketika mengiringi Datuk Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hasan Ali ke enam kawasan di daerah ini hari ini.

TNB sebelum ini dikatakan menggunakan Kerajaan Persekutuan bagi memberi tekanan kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan projek pengukuhan sistem kawasan tengah (CAR)

Gan berkata, mesyuarat antara beliau, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, JKK Kampung Sungai Terentak serta pakar teknikal bersama dengan TNB pula menemui jalan buntu.

“Dalam mesyuarat itu, kita mohon TNB turun padang untuk menjelaskan projek baru itu. Kita difahamkan TNB akan tukar kabel besar, jadi apa kesan dan ciri-ciri keselamatan kepada pihak penduduk?

“Kita minta TNB tangguhkan operasi mereka esok untuk masuk (kampung) Sungai Terentak tetapi mereka akan masuk juga walaupun kita sudah berapa kali cakap, tentu akan berlaku kekacauan,” katanya.

Beliau ternyata kecewa dan risau dengan perkembangan itu kerana penduduk kampung akan berhadapan sendiri dengan pihak TNB.

“TNB sebagai badan atau koperasi yang besar dan bertaraf antarabangsa, sepatutnya bertanggungjawab terhadap komuniti. Penduduk juga pelanggan TNB,” katanya.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.