Rakyat Mersing Boikot Utusan

MERSING 13 Mac - Akhbar Utusan Malaysia semakin dijauhi rakyat kerana dianggap sebagai penyebar fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan gagal menepati slogannya sendiri sebagai "penyebar fikiran rakyat".

Justeru itu Angkatan Muda KEADILAN telah lancarkan siri kempen memboikot akhbar kepunyaan Umno tersebut bermula di Kuala Selangor, Sekijang dan Gombak baru-baru ini.

Malam tadi AMK Cabang Mersing melanjutkan kempem tersebut di Kampung Air Tawar, Mersing di hadapan lebih 8,000 penyokong Pakatan Rakyat dengan disaksikan oleh Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dibakar kain rentang yang menyebarkan fitnah terhadap Anwar berhubung Konspirasi II yang dihadapi beliau kini.

Pembakaran simbolik Utusan Malaysia menandakan kebencian rakyat terhadap sikap akhbar tersebut yang gemar membangkit isu perkauman dan melaga-lagakan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.