Rasuah, Urus Tadbir Tidak Telus Punca FDI Merudum
KUALA LUMPUR 16 Mac — Ketua Umum KEADILAN mendakwa kemerosotan ketara pelaburan terus asing ke Malaysia adalah disebabkan gejala rasuah yang bermahajaralela serta ketidaktelusan kerajaan dalam urus tadbir negara.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan pertanyaan kepeda Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berhubung faktor yang menyebabkan kemasukan FDI merudum dengan teruk walaupun kerajaan telah memperkenalkan liberalisasi sektor perkhidmatan.
“Beberapa pertimbangan penting perlu diambil kira. Berdasarkan kepada laporan Unctad pada Disember 2009 daya tarikan FDI Malaysia jatuh daripada tangga 62 kepada 66," komen Ketua Pembangkang setelah mendengar jawapan menteri.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhujah kemasukan FDI ke negara ini adalah pada tahap RM22.1 bilion berbanding RM75.5 bilion bagi Singapura dan Thailand serta Indonesia masing-masing merekodkan FDI sebanyak RM27 bilion.
“Mengapa Malaysia ketinggalan di belakang negara-negara ini yang pada satu ketika dahulu ketinggalan jauh belakang Malaysia dari segi pembangunan?” tanya Anwar.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment