Royalti: Armalah, belia dapat banyak kelebihan
MELOR – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusuh berkata, jika Kerajaan Negeri mendapat hak terhadap royalti minyak nanti, antara pihak yang akan mendapat banyak kelebihan ialah golongan armalah dan belia.
Beliau berkata, ini kerana kedua golongan ini adalah antara mereka yang penting dan menyumbang kepada pembangunan negeri.
“Sebelum ini Kerajaan Negeri ada mengumumkan satu skim di mana setiap pemuda yang ingin berkahwin akan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM1,000.
“Yang menjadi masalahnya sekarang adalah ia sudah pun diumumkan tetapi tidak dapat dijalankan kerana tidak mempunyai peruntukan,” katanya semasa merasmikan Majlis Maulidur Rasul peringkat DUN Melor di sini.
Turut hadir sama ialah, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff dan ADUN Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.
Wan Ismail berkata, oleh itu semua rakyat di negeri ini perlu berdoa agar Kerajaan Negeri akan mendapat hak terhadap royalti minyak yang dianggarkan RM2 bilion.
Beliau berkata, dengan wang tersebut banyak perkara yang akan dapat dijalankan dan kesemua rakyat akan dapat menikmati wang tersebut di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, sekarang ini kuasa telah diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk pastikan Kelantan mendapat hal bagi royalti minyak tersebut.
“Kerajaan Negeri akan melakukan apa sahaja dalam menuntut hak yang sememangnya adalah hak kita. Apa gunanya jika negeri kita keluarkan minyak tetapi rakyat tidak dapat menikmati hasilnya,’’ katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment