Sandiwara Si Kelentung

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEHINGGA ini tiga orang peguam yang juga kawan Zulkefli Nordin dan menjadi kawan rapat saya juga menghubungi saya melahirkan rasa kesal dan terkilan dengan apa yang dilakukan Zulkefli. Masing-masing melahirkan rasa marah atas apa yang dilakukan. Mereka menyifatkan tindakan Zulkefli itu sudah melampaui dan mencemarkan dirinya sebagai seorang pengamal undang-undang dan juga sebagai orang yang mengakui beragama Islam.

Kata mereka sebagai seorang pengamal undang-undang Zulkfeli sepatutnya menjaga intergriti dirinya dan sebagai muslim seharusnya beliau malu dan bertanggungjawab kepada Allah.


Petang semalam, Md Razdi Mustapa yang berada di Kedah menghubungi menceritakan mengenai telatah Zulkefli itu. Rakan-rakan peguam di Alor Star katanya, semua mempertikaikan apa yang diucapkan itu. Katanya Zulkfeli sudah benar-benar melampau batas. Beliau sebagai seorang sahabat sangat menyesali kerana cara berpolitiknya menjijikkan. "Kalau nak kekalkan kerusi pun jangan begitu sekali, lagi pun kerusi Kulim - Bandar Baru itu sudah menjadi haknya," kata Radzi kesal.

"Aku rasa dia ni sudah melampau sangat dah, dia tidak patut buat apa yang dilakukan itu," begitulah keluh Radzi lagi. "Kau mesrti buat sesuatu, kau tulis dan dedahkan apa pun mengenainya supaya kejahatan beliau itu tidak dipercayai oleh orang ramai. Kau dedahkan juga apa yang berlaku di Makkah dan dalam masjid nabi di Madinah," pesan Radzi bersungguh. "Kita tidak mahu pembohongannya dianggap kebenaran yang disanjung begitu sekali," sambung Radzi.

Pagi ini pula seorang lagi kawan pengamal undang-undang mengeluh dengan apa yang berlaku itu. Katanya, Zulkefli sudah membuang tabiat. "Kenapa dia sanggup berbohong begitu sekali. Apa yang dia dapat sebenarnya," tanya kawan itu benar-benar hampa dengan telatah wakil rakyat Kulim - Bandar Baru itu. "Besar manakah upah yang beliau dapat dan dapatkah beliau menyelamatkan diri di akhirat nanti dengan upah itu?," tanya kawan peguam itu lagi. "Kalau upah yang beliau dapat atas perbuatan itu dapat memadamkan api neraka, ok juga..." kata kawan itu berjenaka campur geram.

Saya merasai kekesalan dua orang sahabat itu. Saya sendiri yang mengenali Zulkfeli dan yang membawanya mengerjakan umrah pertama pada tahun 1998, juga menyesali atas apa yang berlaku. Saya juga tahu bagaimana kisah di sebalik pembatalan petisyen kerusinya itu oleh Abdul Aziz Fadzil. Pembohongan dan politik tikus belut yang diamalkan sebelum ini masih boleh dimaafkan lagi. Untuk hidup sebagai politician beliau harus jadi licit begitu.

Perbuatan atau aksinya sebelum ini boleh dihalalkan lagi, tetapi apabila beliau telah melibatkan soal pembunuhan dan upahan itu ia sudah melampau. Sudah melebihi daripada had dan taranya. Apa lagi kalau semua itu berlaku juga disebabkan kerana ciptaannya sendiri.

Kesan daripada apa yang didedahkan itu atas nama kebenaran tetapi ia adalah fitnah besar kepada orang lain. Saya tidak kisah kalau beliau mahu kerkubang dalam maksiat, kepalsuan, hipokrit tetapi jangan mengheret sama orang lain. Saya sudah katakan politik sekular perlu berpaksakan kepada 4C. Lakukanlah.... sebab itu saya menolak kesucian politik demokrasi ala kita amalkan kini.

Zulkfeli tidak boleh dimaafkan lagi. Apakah beliau sudah tersesat fikiran sehingga tidak dapat menimbang mana yang baik dan mana yang buruk? Kalau mengikut kepada pengakuan, pengucapan dia seorang Islam, yang kerap memetik ayat-ayat Quran dan hadih dalam ucapannya, seharusnya dia sedar. Sebagai muslim dia akan membatasi mana tindakan melampau dan mana yang dibenarkan. Mana yang makruh dan mana yang haram. Nampaknya beliau tidak ada lagi batas-batas itu bagi menandakan beliau seorang muslim yang saleh.

Pendedahan beliau di parlimen semalam mungkin dipercayai dan mungkin tidak! Bagi mereka yang mengenali gelagat dan kelentungnya tidak akan mempercayai sama sekali. Iyanya 200 peratus bohong dan rekaan. Dengan mudah orang yang mengenalinya akan mengagak dia terpaksa berbuat demikian untuk membapatiskan semula dirinya yang kini sedang menerima kutukan rakyat selepas beliau mengkhianat parti yang memberi kerusi kepadanya. Sebab itulah di pihak sebelah sana gembira dan bangga dengan apa yang dilakukan Zulkfeli itu.

Di sini saya nak persoalkan secara ilmiah dan logik akal berhubung dakwaanya itu. Setidak-tidaknya persoalan ini boleh menolak persepsi jahat yang terlahir daripada sandiwara yang dilakukan semalam. Atau pun setidak-tidak orang ramai akan berfikir sejauh mana kebenaran dan ketepatan apa yang didedahkan itu.

Beliau mendedahkan beliau akan diberikan ganjaran lumayan sekiranya beliau sedia memfitnah Najib dan Rosmah dengan membuat pengakuan mereka berdua terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Kalau kita menerima memang ada tawaran itu ia menimbulkan dua persoalan lain. Pertama mungkin beliau benar mengetahui kisah sebenar di sebalik pembunuhan itu. Kedua, siapakah yang sedia memberi ganjaran itu dan kenapa beliau menolaknya?

(Bagi saya, saya yakin beliau berbohong mengetahui kisah di sebalik pembunuhan itu. Beliau hanya mereka cerita demi meletakkan beliau sebagai penting dan orang yang ada simpan rahsia Najib. Itulah aset dirinya untuk dilihat penting).

Kalau beliau memang benar-benar tahu mengenianya, mungkin, sebab beliau sempat menjadi peguam kepada Azilah Hadri yang dituduh membunuh Altantuya. Mungkin beliau ada menyimpan rahsia yang diceritakan oleh Azilah Hadri? Mungkin Azilah Hadri menceritakan kisah sebenar kepadanya mengenai siapa yang suruh atau mnotif beliau membunuh Altantuya? Atau mungkin juga memberi tahu siapa membunuh Altantuya sebenarnya?

Di sini mungkin berlaku beliau sendiri memberi tahu pihak ketiga mengenai hal itu. Samada benar atau tidak rahsia itu sudah kepengatuan pihak ketiga. Adalah munasabah kalau pihak ketiga sedia mengupahnya mendedahkan apa yang diketahuinya itu? Sebaliknya kalau upahan itu dibuat atas pembohongannya, tiba-tiba hari ini dia mendedah hajat itu maka zalim dan kejamlah beliau kena membunuh orang lain atas pembohongannya yang sengaja direka-reka.

Mengenai beliau menarik diri menjadi peguam Azilah Hadri kerana ada gangguan pihak ketiga adalah tidak benar. Apa yang beliau sebut kepada saya ialah beliau diberhentikan dari terus menjadi peguam kepada Azilah Hadri. Peguam yang menjadi Azilan Hadri memberi tahu saya sendiri kenapa sebab-sebab Zulkefli diberhentikan daripada menjadi peguam Azilah Hadri. Pemberhentian itu sungguh mengecewakan beliau kerana beliau tidak lagi mendapat maklumat atau apa-apa rahsia dari orang tertuduh itu.

Bersambung: Bila bermulanya kebencian Zulkfeli terhadap Anwar Ibrahim?

http://msomelayu.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.