selamat datang jom heboh ke kota bharu
Salam Kamunting,
Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima semakin merapat dan menjengah gerbang Negeri Kelantan yang tertutup untuknya sejak sekian lama. Esok, wajah manis dua mempelai, TV3 dan peminatnya yang ramai itu akan ditemukan dalam upacara karnival kekeluargaan dan riadhah yang dijangka hangat dan mungkin, terhangat.
Ia ibarat kata sebuah kisah cinta terlara Isabela. Cinta yang terhadang oleh dua faham yang berbeza yang menjauhkan. Ia termangu di balik palang – palang yang keras, mengintai harapan dan cahaya yang mungkin membias dari celah – celah rimbunan usaha yang terus dibugari demi cinta yang lama bersemi.
Cinta adalah rasa hangat yang mendebarkan. Ia memaksa – maksa, mendesak – desak lewat hujung jemari yang halus pula. Janganlah disekat atau dibiar pergi dan biarlah ia dibiar bermain – main walau sekadar menyewah tinggi di angkasa yang bebas.
Manusia dan hiburan adalah perihal rasa suka dan cinta. Cinta itu terlalu semulajadi. Ia lahir bersama kelahiran. Sebarang kelahiran. Hiburan pula seperti gelanggang yang lapang, atau kolam yang luas. Di situ cinta akan berlari – lari atau berenang – renang sesuka sekehendaknya. Ia mahu segar dan ketawa ceria di dalam diri kerana diri tanpa cinta adalah mati.
Justeru anda tahu mengapa setelah begitu bertahun – tahun disekat, ia tidak hilang, reput atau mati. Ia termangu dan tersendat di balik palang yang menyendak itu. TV3 mahu datang dan peminatnya di Kelantan mahu berbaris – baris menyambut di kepala gerbang Kota Kelantan yang utuh binaannya.
Tetapi ia terhalang oleh halangan yang semulajadi juga. Sungguh dan paling semulajadi sekali. Itu tarik – menarik, tawar – menawar dan ulang – alik yang menghidupkan kehidupan dan menghijaukan kesemulajadian fitrah dan matlamat kehadiran langit dan bumi sekeliannya!
Anda tahu apa itu dakwah? Apa itu amar makruf nahi mungkar? Apa itu agama, wahyu, kerasulan dan ketuhanan? Itulah penyepuh yang menyinarkan kehidupan duniawi yang melalaikan.
Begini, bola sepak itukan, sejenis cinta bukan sembarangan jenis cintanya bukan? Ia hiburan yang menyesakkan perhimpunan dan menggegakkan dunia, jika dibiarkan, ia akan merempuh matahari dan bulan. Ia menyondol tanah dan menerjun di api. Tiada lagi maghrib dan isya’. Tiada lagi selain sengketa, bertumbuk dan kepanasan yang membakar. Masa itu, tiada lagi hiburan bukan?
Justeru biarkanlah ia menyesakkan, menggegakkan dan menggegarkan, tetapi biarlah matahari dan bulan itu kekal di orbitnya masing – masing agar kesemulajadiannya menghangatkan cinta itu. Itulah hiburan namanya, kawan. Gariskan garisan untuknya. Ini sempadan padangnya. Ini sempadan masanya dan ini sempadan suhunya.
Atau begini, membeli – belah itukan, itupun sejenis cinta, pada kaum hawa pula bukanlah main – main dan sembarangan jenis cintanya bukan? Ia seperti selendang buat genre seni cinta milik wanita yang anggun lagi menyerikan, jika dibiarkan, ia akan pula menjadi hiburan yang paling menyusahkan dan memitamkan otak sang lelaki sekeliannya. Waduh, ia boleh mengganas lalu memecahkan celengan bambu, mesin – mesin pintar di bank – bank, malah berupaya meruntuhkan gedung – gedung dan kota – kota membeli – belah sehingga terpaksa dibina lagi gedung – gedung dan kota – kota membeli – belah yang baru pula jadinya. Wanita sedia mengganas demi cintanya yang itu!
Saat itu, ia bukan lagi hiburan bukan? Kawan, cinta apa sampai membina istana hutang – hutangan? Ah, lari saja ke hutan ke pondok buruk dan bercinta saja dengan hutan.
Berhiburlah meneman cinta membeli – belah sang kekasih anda itu. Tapi gariskan garisan. Biarkan cinta itu berhibur dalam ruangnya yang semulajadi, yang membina dan merimbun di kedamaian hidup.
Begitulah tarik – menarik, tawar – menawar dan ulang - alik yang semulajadi. Begitulah dakwah. Begitulah amar makruf nahi mungkar, agama, wahyu, kerasulan dan ketuhanan.
Begitulah bermulanya perihal Karnival Jom Heboh, bagaimana ia berakar umbi. Bagaimana ia kemudiannya tersadai di muka muara sungai tanpa upaya memasuki bandar Kota Bharu yang telah menjenamakan dirinya sebagai sebuah bandar raya Islam.
Kota Bharu adalah sebuah bandar raya akhlak. Ia adalah rimbunan pohon hijau yang lahir dari akar dan batangnya yang gagah dan dibajai akidah. Ia setiap waktu menggugurkan buahannya dan menghembuskan harumannya ke serata rakyat dan kehidupan.
Sebuah bandar yang mesra langit. Mengaku untuk menjunjung langit dan menadah wahyunya. Justeru ia mengajak rakyatnya kepada mendirikan solat, membayar zakat harta, menyuruh kemakrufan dan menegah kemungkaran. Bagi Allahlah kesudahan sebarang perkara dan keputusan.
Pesta – pestaan seperti Jom Heboh bukanlah salah dan terlarang. Keramaian adalah fitrah yang disukai dan seharusnya dibangunkan kekuatannya agar ia memberi impak positif dan bermanfaat kepada masyarakat. Keramaian melahirkan kasih sayang, tanggung jawab, kebersamaan, keserataan dan tolong – menolong. Ia mampu memecahkan kesunyian yag membosankan, kekosongan yang mendorong kejahatan dan kejauhan yang menggamit keresahan dan ketakutan.
Di Kelantan, hiburan adalah rancak. Lihat saja bola sepak. Ia bagai pesta mingguan di stadium Sultan Muhammad IV. Lihat pula pesta hiburan dan dikir barat yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Lihat juga pasar malam, expo – expo dan pasaraya – pasarayanya yang besar dan jenuh. Atau, pergilah ke pantai – pantainya yang sesak pengunjung di hujung minggu.
Tetapi ia bukan jenis pesta Jom Heboh versi lama yang baru dijanjikan penambah baikannya kali ini. Dulu, pihak penganjur membinanya tanpa agama sebagai rujukan. Ia hiburan yang sebahagian isinya adalah terlarang. Ilmuan ugama dalam dan luar kerajaan telah memfatwakan pengharamannya, namun ia menjadi ibarat sampah yang dikuis ke longkang.
Justeru ia dihalang daripada memasuki Kelantan.
Dan mudah anda membayangkan bagaimana ia mencetus kemarahan golongan yang tidak memakai ugama sebagai pakaiannya dan dakwah sebagai kenderaannya dari seluruh ceruk rantau, terutama daripada pemuka – pemuka politik di Kuala Lumpur. Dan anda tahu betapa sukarnya kerajaan Negeri Kelantan mempertahankan prinsipnya dalam menjawab fitnah yang begitu mudah membakar dan merebak dalam kemarau ilmu dan iman rakyat, selain berpulas otak memerah idea mencipta hiburan alternatif yang mampu bersaing sedang koceknya pula tidaklah sendat dan padat sebagaimana pihak kerajaan pusat dan jentera – jenteranya yang dieksploitasikan sesuka hati.
Tetapi agama adalah tuntutan semulajadi. Segagah mana mereka menentang ugama, ketahanan agama adalah lebih unggul daripada itu. Sejauh mana mereka diheret nafsu dan keegoan mempertahankan jarimah dan maksiat itu, jauh lagi para pencinta ugama melangkah masuk menentang maksiat itu. Inilah tarik – menarik yang menjadi sunnah perjuangan dan kehidupan.
Kesudahan yang baik adalah harapan yang diidamkan dalam sebuah masyarakat muslimah. Dakwah selalu dikunjungi keinsafan dan kesedaran daripada setiap muslim. Masa adalah pintu taubat dan kembali yang luas terbentang menggamit mereka yang kehausan.
Apabila pihak TV3 begitu menunjukkan kesungguhan untuk menjayakan karnival Jom Hebohnya di Kelantan kali ini, pintu itu dibuka ( sememangnya jangan ditutup ) untuk tawar – menawar dan ulang - alik. Kerajaan Kelantan menggariskan garisan dan panduan dan pihak tv3 bersedia mencadangkan alternatif lewat garis – garis itu.
Apabila ada kesedaran untuk bersama agama, adalah pertemuan sesama muslim, bahkan sesama manusia. Kerajaan Kelantan adalah sebuah negeri yang sentiasa terbuka dan untuk mereka yang terbuka juga. TV3 usah mengikut resmi UMNO, keras kerak dalam hangit ego dan sombong terhadap dakwah kepada yang benar dan iman.
Rumah terbuka bukan bererti terbuka untuk semua sekali. Ia khas untuk para pengunjung yang memahami sudi dan budi tuannya.
Justeru rakyat Kelantan tetap menerima sekatan ke atas program Jom Heboh sedari dulu oleh kerajaannya yang berdakwah untuk umat. Kerajaan dan rakyat Kelantan tidak menutup tetapi menunggu. Menunggu sehingga wujud pencerahan terhadap konsep sebuah konsert atau karnival atau keramaian yang lebih menguntungkan pembinaan masyarakat yang madani dan islamik.
Hiburan adalah untuk gamitan cinta di dalam hati. Cinta itu rencam merencamkan hiburan untuknya. Cinta gila mendesak hiburan yang gila – gila. Rakyat Kelantan telah siap untuk menolak genre cinta yang merosakkan jiwa dan iman.
Selamat datang Jom Heboh TV3 ke bandar Kota Bharu. Semoga bandar ini menunaskan semi perubahan kepada seluruh persembahan anda di seluruh negara.
http://nikabduh.wordpress.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment