Semua Pihak Perlu Kembali Kepada Perlembagaan Tubuh Kelantan
ISU yang berlegar di istana Kelantan sekarang ini bukan kronik sangat. Ia bukan pelik sangat dan sukar untuk difahami. Ia sebenarnya terlalu mudah untuk dimengertikan dan diusaikan. Tetapi kenapa ia nampak rumit, berbelit-belit dan kalut? Kerana ada orang yang sengaja tidak mahu berfikir ataupun kembali ke pangkal jalan, kembali kepada diri yang naif dan pulang kepada ketentuan Allah s.w.t.
Lebih tepat lagi ada pihak yang degil, keras kepala dan cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi dan bukan kepentingan khalayak.
Kalau kita kutip satu-satu terhadap persoalan yang ditimbulkan dan menjawabnya, ia akan selesai dengan mudah dan aman. Tidak ada apa yang menyusutkan. Sebab semuanya sudah ada percedent. Sudah ada peraturan dan undang-undang yang boleh dituruti. Undang-undang tubuh kerajaan Kelantan sudah lama wujud dan ianya diamalkan bukan baru sekarang. Kitab undang-undang tubuh negeri Kelantan inilah yang patut dijadikan panduan.
Kenapa keadaan kini agak kecoh sikit kerana undang-undang dan Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan itu diletak di bawah.
Kalau semua pihak kembali dan menghormati undang-undang tubuh kerajaan Kelantan, kecelaruan yang berlaku kini tidak akan berlaku. Malahan sedikit masalah yang timbul kini boleh diselesaikan dengan keadaan mata terpejam pun. Tetapi kerana undang-undang itu tidak dibaca ataupun dibaca sekerat, maka jadilah apa yang sedang berlaku. Lebih malang dan tambah merumitkan lagi bila mana ada pihak-pihak yang cuba mentafsir semula undang-undang tubuh berkenaan mengikut naluri dan nafsu sendiri.
Kekalutan di istana Kelantan ini mula timbul ekoran Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Pemangku Raja apabila sultan gering. Perlantikan inilah menjadi persoalan dan punca masalah kepada sesetengah pihak. Adapun kenapa mereka kurang senang dengan Tengku Faris ialah kerana Tengku Faris dengan kuasa yang ada kepadanya telah bertindak melalukan tindakan pembersihan dalam beberapa perkara termasuk yang ada kepentingan dengan orang di istana Kelantan sendiri. Inilah puncanya.
Ada dua tindakan Pemangku Raja yang ketara, pertama telah menitah kerajaan negeri (SPN) melakukan pertukaran atau membekukan tugas beberapa pegawai tinggi kerajaan yang dikatakan menjadi alat kepada pihak tertentu dan kerja mereka sungguh mengaibkan. Kedua ialah baginda memerhati sendiri perjalanan kerajaan negeri. Baginda melihat sendiri fail-fail kerajaan negeri bagi memastikan apa-apa keputusan dan tindakan berjalan dengan lancar dan tidak menyusah dan menzalimi rakyat. Tindakan dan inisiatif baginda ini tidak disenangi kerana ia menganggu kepentingan orang tertentu.
Tindakan baginda yang paling dimarahi ialah apabila baginda bertindak menitah kerajaan negeri mengembalikan semula tanah-tanah rakyat yang diambil atas nama usaha kebajikan pihak istana kepada rakyat. Tindakan ini dianggap sebagai cukup memalukan pihak istana Kelantan. Dan langkah pembersihan itu juga bertujuan untuk menyucikan istana dari persepsi buruk umum.
Sikap prihatin tanpa memilih bulu inilah menyebabkan baginda tidak disenangi dan mula diperangi walaupun rakyat senang dengannya. Ekoran itu ada usaha agar baginda tidak terus menjadi Pemangku Raja kerana dibimbangi kalau baginda terus menjadi Pemangku Raja banyak lagi kemungkaran dan kebusukan terdedah. Jalannya ialah dengan cuba menimbulkan cerita bahawa Sultan Kelantan telah sihat dan pulih sepenuhnya.
Dalam usaha inilah ianya membabitkan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB. Ada pihak yang memaksa Nik Aziz supaya membuat kenyataan mengatakan sultan sudah sembuh dan sihat sepenuhnya. Kerana bila sultan sudah sembuh maka kedudukan Tengku Faris sebagai Pemangku Raja akan berakhir. Namun keadaan sebaliknya. Apa yang berlaku ke atas sultan Kelantan rakyat jelata dapat saksikan sendiri apabila baginda pulang akhir bulan lepas. Mungkin kalau keadaan itu hanya dicerita ia dianggap fitnah, tetapi kini rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana tahap kesihatan Tuanku.
Nik Aziz bukan saja enggan menziarahi dan mengistyharkan sultan sebagai sihat, tetapi keadaan sebenarnya tidak seperti mana diharapkan itu. Sesuai dengan adat dan peraturan Nik Aziz tidak boleh pandai-pandai membuat apa-apa kenyataan mengenai batang tubuh sultan melainkan dititah berbuat demikian. Situasi ini perlu difahami sebaik-baiknya.
Jadi keengganan Nik Aziz melawat sultan atau membuat kenyataan menceritakan sultan sihat menimbulkkan kemarahan pihak tertentu kepada Nik Aziz. Di sinilah mula keluar cerita kononnya Nik Aziz derhaka kepada sultan. Orang yang menuduh Nik Aziz derhaka sebenarnya orang yang buta mengenai adat istiadat dan juga perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan membuyung dengan kepentingan dirinya. Dalam kedudukan hari ini Nik Aziz boleh dianggap derhaka sekiranya beliau mengengkari titah Pemangku Raja dan bukan titah-titah yang lain.
Usaha pihak tertentu tidak berhenti di situ saja. Mereka terus berusaha untuk menyakinkan rakyat yang sultan sudah sembuh dan pulih seperti sedia kala. Mereka mengharap dengan keyakinan itu bagi membolehkan Tengku Faris tidak lagi menjadi Pemangku Raja. Untuk itulah berlaku perlantikan Setiausaha Sulit Sultan dan juga Ketua Adat Istiadat. Dengan perlantikan ini diharap Setiausaha Sulit dan Ketua Adat Istiadat boleh memainkan peranan untuk menyampaikan titah sultan kepada rakyat. Bagi orang berselindung dibilik ward di raja mereka mengira kalau titah sultan boleh dikeluarkan itu menandakan sultan sihat. Gambaran inilah yang diperlukan. Apakah tindakan ini elok, bukankah ianya menyusahkan Tuanku?
Apabila 'titah' sultan dapat disampaikan senanglah untuk mereka memberi tahu apa-apa yang mereka ingin dan suka kepada rakyat. Malangnya perlantikan itu jelas mencabuli peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Perlantikan Wan Hashim Wan Daud dan Tengku Shahbuddin Maasum tidak menuruti peraturan dan kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) dan ia merupakan perlantikan peribadi 'sultan' sendiri. Mengenai pelanggaran ini disahkan sendiri oleh Pengerusi SPN, Ismail Mohd Noor.
Kenapa ini semua berlaku? Jawabnya mudah saja sebab ada orang tidak membaca undang-undang tubuh kerajaan negeri atau cuba mentafsir semula mengikut fikiran dan nafsu sendiri atau pun sudah lupa undang-undang tubuh kerana sudah lama meninggalkan perkhidmatan dalam negeri. Hal ini pernah berlaku kira-kira 18 tahun lagi. Perselisihan faham dalam soal melantik pegawai kerajaan inilah menyebabkan berlaku masalah kepada kerajaan negeri dan Nik Aziz.
Satu masa dulu kerajaan negeri ingin menukar beberapa pegawainya yang tidak jujur dan cuba mesebotaj kerajaan, namun ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila tafsiran undang-undang mengatakan hak melantik atau menukar pegawai kerajaan itu berada di bawah bidang kuasa SPN. Anihnya kenapa kalau dulu hak itu diberikan mutlak kepada SPN tetapi hari ini hak itu dicabuli pula? Undang-undang tubuh kerajaan negeri dan termasuk di bawah Perkara perlantikan itu masih belum berubah. Geografi Kelantan juga masih utuh dan belum senget walaupun dibaham bah setiap tahun.
Jadi apabila perlantikan ke atas Setiausaha Sulit dan Ketua Adat Istiadat itu dilakukan, dan dianggap sebagai sah ia menunjukkan bahawa sekali lagi udang-undang tubuh kerajaan Kelantan dicabuli sesuka hati. Kalau dulu dirogol tetapi kali ini ia diliwat pula.
Kemelut yang berlaku ini tidak akan ada kesudahan selagi pihak-pihak tertentu terus melayan nafsu mereka dan tamak haloba. Ia mungkin akan tambah mengalutkan keadaan dan mendedahkan banyak keburukan sendiri. Jalan terbaik ialah semua pihak di Kelantan, baik istana, kerajaan negeri kembali kepada undang-undang tubuh kerajaan Kelantan. Begitu juga dengan rakyat yang memerhati kemelut ini perlu kembali kepada undang-undang. Usah mudah terpancing dengan bualan dikedai-kedai kopi yang dituturkan oleh broker-boker mana-mana pihak. Kita diberikan akal oleh Allah maka nilailah sesuatu itu dengan akal.
Dan kepada individu tertentu walaupun atas nama rakyat Kelantan hendaklah insaf dan berfikir jangan mudah menumpahkan taat setia kepada sesiapa yang tidak sepantasnya. Fikir dan kenang dulu apakah dengan cara itu ia memberi kebaikan ataupun menambahkan lagi kobaran api perbalahan sesama sendiri yang mana ianya memalukan banyak pihak.
http://msomelayu.blogspot.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Dalam hal ini Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan perlu diminta memberi penjelasan secara menyeluruh berhubung apa yang berbangkit sekarang ini. Pertama, jelaskan mengenai proses perlantikan Pemangku Raja, bidang kuasa baginda dan selama mana Tengku Faris boleh memangku kedudukan itu.
Jelaskan juga kuasa dan peranan Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang berkuasa penuh dalam melantik Pemangkau Raja dan juga sultan. Semua ini ada terkandung dalam perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Selepas dijelas nanti semua pihak hendaklah menghormati undang-undang tubuh berkenaan. Perlu ada orang tengah yang arif dan adil untuk membaca undang-undang tubuh kerajaan Kelantan.
Tegasnya kekacohan yang berlaku hari ini pada saya kerana undang-undang tubuh kerajaan Kelantan cuba dipesongkan mengikut naluri dan nafsu. Ingatlah apa juga masalah tidak dapat diselesaikan dengan nafsu tetapi ia boleh diatasi dengan akal. Masalah itu juga tidak akan dapat selesai kalau ianya diselesaikan untuk kepetingan kita saja, tetapi masalah itu akan selesai apabila ia turut menyelasaikan masalah pihak lain juga. Dalam konteks ini masalah rakyat Kelantan seluruhnya.
Sesungguhnya saya sebagai rakyat Kelantan yang fakir dan hina ini tidak mahu melihat babak-babak mengenai kaum bangsawan dan raja-raja dalam filem hitam putih arahan P Ramlee dulu menjelma ke alam nyata hari ini dengan penuh warna warni, sebab malu sangat rasanya. [wm.kl. 7:00 am 22/03/10]
Jelaskan juga kuasa dan peranan Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang berkuasa penuh dalam melantik Pemangkau Raja dan juga sultan. Semua ini ada terkandung dalam perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Selepas dijelas nanti semua pihak hendaklah menghormati undang-undang tubuh berkenaan. Perlu ada orang tengah yang arif dan adil untuk membaca undang-undang tubuh kerajaan Kelantan.
Tegasnya kekacohan yang berlaku hari ini pada saya kerana undang-undang tubuh kerajaan Kelantan cuba dipesongkan mengikut naluri dan nafsu. Ingatlah apa juga masalah tidak dapat diselesaikan dengan nafsu tetapi ia boleh diatasi dengan akal. Masalah itu juga tidak akan dapat selesai kalau ianya diselesaikan untuk kepetingan kita saja, tetapi masalah itu akan selesai apabila ia turut menyelasaikan masalah pihak lain juga. Dalam konteks ini masalah rakyat Kelantan seluruhnya.
Sesungguhnya saya sebagai rakyat Kelantan yang fakir dan hina ini tidak mahu melihat babak-babak mengenai kaum bangsawan dan raja-raja dalam filem hitam putih arahan P Ramlee dulu menjelma ke alam nyata hari ini dengan penuh warna warni, sebab malu sangat rasanya. [wm.kl. 7:00 am 22/03/10]
http://msomelayu.blogspot.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!
No comments
Post a Comment