Siapa dalang di sebalik perletakan jawatan Dr Chua?

Keputusan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletak jawatan supaya pemilihan baru diadakan mendapat restu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kononnya ia satu langkah yang baik dalam usaha menjadikan parti itu kuat.

"Kalau langkah sebegini sudah dimulakan oleh MCA, bagi saya satu langkah yang baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berpendapat langkah yang paling baik dalam menyelesaikan krisis dalaman MCA ialah dengan mengadakan pemilihan baru.

Pengakuan itu dilihat telah memberi tekanan kepada presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam menangani kemelut perebutan jawatan dalam parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu.

Ia seolah-olah nampak seperti ada satu komplot yang diatur untuk menjatuhkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden. Jika ianya benar-benar berlaku, bermakna Umno telah meletakkan MCA dalam keadaan lebih parah lagi dengan campur tangan itu.

Apakah Umno telah mencampuri urusan MCA kerana ingin mengatur siapakah yang perlu memimpin MCA?

Apakah perletakan jawatan Dr Chua dan tujuh lagi anggota CC MCA kerana ingin mengadakan pemilihan baru dalam MCA didalangi Umno?

Mungkin kerana Ong Tee Keat dilihat sudah menjadi liabiliti kepada Umno-BN atas isu PKFZ yang mempunyai banyak rahsia pemimpin-pemimpin tertentu agar tidak dibongkarkan kepada umum. Mungkin kes Perwaja Steel dijadikan pedoman bagi Umno-BN. Sebelum dilanyak, baik Ong Tee Keat dilanyak dahulu.WO

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.