Skim Warga Emas..Skim Rasuah?

GEORGETOWN: Kerajaan negeri bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Skim Warga Emas Pulau Pinang yang didakwa berunsurkan rasuah oleh Parti Gerakan.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau dan ahli Exco negeri bersedia untuk disiasat dan akan bekerjasama dalam membantu siasatan itu. "Kalau hendak siasat, kami bersedia disiasat tetapi skim itu tetap akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan kerana pihak kami tidak mendiskriminasi mana-mana kaum, atau latar belakang politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong semalam yang mendakwa kerajaan negeri memberi rasuah kepada rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang menerusi skim itu dengan setiap seorang menerima RM100. Lim berkata, kerajaan negeri telah membincangkan perkara itu dengan mendalam dan akan tetap meneruskan program itu. "Pihak kami tidak akan tunduk kepada ugutan Gerakan itu kerana tindakan Gerakan ini seperti ingin mensabotaj program ini," katanya. Beliau berkata, semua warga emas yang telah berdaftar sebelum 8 Mac akan menerima wang mereka awal bulan depan dan kepada mereka yang masih belum berdaftar, mereka harus bertindak cepat. - Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.