Stadium runtuh: Kontraktor bakal muflis kerajaan pula kena tanggung baik pulih?
Sudah berapa lama laporan kertas siasatan berhubung kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) runtuh 'diperam' sebelum diumumkan.
Stadium Sultan Mizan siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) pada 31 Mei 2008, tetapi bumbung utama stadium itu roboh pada pagi 2 Jun lepas setelah setahun siap dibina. Sehingga ini, kerosakan di stadium berharga kira-kira RM292 juta itu masih belum dibaiki.
Jika kita pergi ke Gong Badak, dimana Kompleks Sukan itu ditempatkan, kita akan dapati sisa-sisa bumbung stadium berkenaan yang runtuh masih kelihatan walaupun sudah lama berlaku.
Bila ianya hendak dibaik pulih, belum diketahui kerana kertas laporan siasatan kes berkenaan masih 'diusung' ke hulu ke hilir untuk mendapat persetujuan para exco dan nasihat daripada pegawai undang-undang negeri sebelum ditatapkan kepada umum.
Ada cakap-cakap menyatakan bahawa, Kontraktor yang terlibat dengan pembinaan stadium berkenaan cuba 'lari' dari menanggung kos baik pulih kerana dijangka kos pembaikannya melebih kos membina stadium. Ntah kenapa.
Maka, kontraktor terlibat dilihat lebih suka mengiystiharkan syarikat mereka bangkrap daripada menanggung kos pembaikan stadium berkenaan.
Bagi kerajaan, stadium perlu dibaiki walau apa sekali pun jika ingin imejnya tidak tercalar dengan lebih teruk. Maka tidak dapat tidak, kerajaan dengan sukarela dijangka akan menanggung semua kos baik pulih bumbung stadium berkenaan.
Pusing punya pusing, rakyat juga kena tanggung hasil kebobrokan Umno-BN menguruskan kantung negeri. Yang untung hanyalah beberapa kerat pemimpin Umno-BN.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment