Surat ‘Amaran’ Pak Lah kepada PPIM berhubung isu Radio IKIM

Semalam Ir. Ahmad Jais kirim SMS meminta saya baca surat Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi kat laman web Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berhubung isu “Radio IKIM Bakal Ditutup SKMM Kerana Beroperasi Secara Haram?“.

Terdapat dua surat disana, pertama adalah surat Jawapan dari Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustafa yang menafikan perkara itu dan minta PPIM keluarkan aduan berkenaan.

PPIM bertegas untuk tidak keluarkan aduan itu kerana mereka dapati semasa aduan diterima memang benar, IKIM belum membuat apa-apa bayaran.

Jadi kerana ketegasan mereka, surat kedua dikirim. Pengerusi IKIM, Pak Lah pula digunakan untuk beri ‘Amaran’ kedua dengan turut menyebut bahawa IKIM juga mahu tahu siapa pengadu itu.

Huh! sampai macam itu sekali mereka minta PPIM dedahkan. Kalau PPIM dedahkan siapa pengadu, selepas ini identiti mereka akan terbongkar dan ini akan menjejaskan kredibiliti PPIM.

Kalau SPRM dan Biro Pengaduan Awam pun reti nak sembunyikan maklumat pengadu, maka PPIM patut ambil langkah yang sama.

Anda boleh baca dan nilai sendiri tahap profesionalisme IKIM dalam dua surat berikut….mujurlah Ah Long pun tak kirim surat rasmi kat PPIM….


http://syukran.files.wordpress.com/2010/03/4442829880_09e52a8f7e_b.jpg?w=600&h=848

Surat Ketua Pengarah IKIM


http://syukran.files.wordpress.com/2010/03/suratikim2a.jpg?w=569&h=800







sumber


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.