Talam langsaikan hutang kepada MBI

SHAH ALAM, 15 Mac - Syarikat Talam Corp Bhd akan melangsaikan hutang berjumlah RM241.36 juta kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) melalui penjualan hartanah dan wang tunai.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, jumlah wang tunai yang dibayar kepada MBI mencecah RM12.67 juta manakala penjualan hartanah pula mencapai RM 228.69 juta.

MBI dan Talam Corp mencapai persetujuan ini pada Sabtu lepas.

MBI sebelum ini berjaya memungut RM50 juta dari keseluruhan hutang RM391.7 juta milik Talam Corp. Kerajaan negeri November lepas mengambil inisiatif mengambil-alih hutang-hutang Talam kepada syarikat-syarikat milik Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah ini, yang berjaya dikumpul MBI disebalik kritikan ramai-pihak akan disalurkan ke program mikro-kredit kerajaan negeri untuk golongan miskin.

“Yang miskin, dan mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 untuk seisi rumah boleh memohon pinjaman kecil untuk membantu mereka memulakan atau membangunkan perniagaan,” tegas Abdul Khalid.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.