Tangguh Pindaan ISA Bukti Umno Pening

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 22 Mac - Penangguhan pembentangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri ke Kabinet oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dijadualkan Jumaat lepas merupakan kejayaan perjuangan anti-ISA oleh Pakatan Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib yang pernah ditahan di bawah ISA berkata penangguhan itu disebabkan Umno tidak mempunyai keazaman politik untuk menghapuskan akta kejam itu dan pada masa yang sama menunjukkan suara rakyat semakin di geruni.

"Saya akan cadangkan kepada Gerakan Mansuh ISA (GMI) supaya mengajak rakyat menukar kerajaan jika mahu mansuhkan akta zalim ini.

"GMI juga akan bersama-sama berganding bahu dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat apabila pindaan akta ini di bawa ke Parlimen nanti.

"Kita akan pastikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terus membantah akta ini sehingga ia dihapuskan terus," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Pada 11 Mac lalu GMI melancarkan kempen 'Bukan Pinda, Tapi Mansuh ISA' sebagai desakan kepada kerajaan supaya menghentikan usaha meminda ISA.

Antara program yang dirancang sepanjang kempen tersebut termasuklah dialog dengan Ahli Parlimen, pelancaran logo kempen, pengedaran risalah serta forum rakyat.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.