Tee Keat nafi undur tanding presiden MCA
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan khabar angin bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Ahad ini.
Beliau berkata khabar angin itu hanya sekadar gimik politik yang disebarkan oleh pihak tertentu yang bertujuan semata-mata untuk menarik sokongan daripada penyokongnya.
"Saya jelaskan hari ini bahawa desas-desus yang kononnya saya akan undurkan diri kalau ditanya saya bukan sahaja ketawa malah bagi saya ini bukanlah satu-satunya yang begitu menghiburkan.
"Ini berniat tidak baik dan ia juga mencerminkan amalan politik yang kurang munasabah kerana kita nak tegakkan amalan politik yang baik serta dapat dibanggakan dan bukan sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan kira-kira 200 perwakilan dan anggota MCA Bahagian Klang, Kapar, Kota Raja dan Shah Alam hari ini.
Ong berkata walaupun ada pihak yang menyebarkan khabar angin sedemikian beliau akan tetap fokus terhadap kempen dan persiapannya menjelang pemilihan parti.
mca re-election nomination 220310 ong tee keat 01"Di samping ada sesetengah orang memainkan cerita ini untuk keseronokan sendiri, malah sehingga menghakimkan jumlah mereka yang hadir pada majlis makan tengah hari ini, tetapi saya tetap akan berikan tumpuan kerana saya tahu apa yang saya buat dan saya tidak merasa apa-apa dengan apa yang dipanggil isu sampingan," katanya.
Sehubungan itu, Ong yang juga Menteri Pengangkutan berharap para perwakilan akan membuat pilihan berteraskan kepada kepentingan dan masa depan parti, sama ada parti itu ingin terus relevan dan meneruskan transformasi atau sebaliknya.
"Saya harap perwakilan kita cukup matang dan bukannya sekarang ni kalau kita nak ghairah sangat nak pertikaikan perkara yang kadang kala diwujudkan dan bukan sahih, itu saya kira hanya akan mensia-siakan tenaga dan masa," katanya.
mca re-election nomination 220310 ong ka ting and ong tee keatMengulas mengenai isu peletakan jawatan anggota Dewan Undangan (Adun) Titi Tinggi, Perlis, Yip Sin Onn, beliau berkata segala kenyataannya mengenai rombakan Exco Perlis yang membabitkan wakil rakyat MCA negeri adalah berdasarkan fakta.
"Semalam saya nyatakan bahawa apabila saya mengambil alih jawatan presiden, saya selesaikan sesetengah masalah itu serta sesetengah isu tertangguh termasuk pelantikan anggota exco yang dibuat oleh Tan Sri Ong Ka Ting (ketika itu Datuk) semasa beliau memegang jawatan tersebut dan tentulah saya perlu buat susulan dan semua ini dibuat secara hitam putih, bukan cakap-cakap sahaja dan secara lisan," katanya.
Yip dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan ADUN selepas digugurkan sebagai anggota Exco Perlis dan digantikan dengan ADUN MCA Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor, dalam rombakan yang diumumkan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu pada Jumaat lalu.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment