Utusanlah Sememangnya Paling Biadap.

Oleh laniisma

"
Saya ingin menyatakan terutamanya kepada orang Melayu yang membakar Utusan Malaysia beberapa minggu lalu sedarkah perbuatan ini perbuatan yang paling biadap kepada bangsa Melayu-Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading)

Kita ketawa ramai-ramai. Anda membakar Utusan Malaysia andalah paling biadap. Kita ketawa lagi kuat-kuat kepada Mohamad kerana menghina Melayu lain. Utusan Malaysia wadah orang Melayu. Itu betul tapi lama-lama dulu, sebelum Datuk Mohamad lahir lagi tetapi sekarang hampas. Lebih-lebih pun jadi pembungkus nasi lemak. Bukannya wadah orang melayu tetapi wadah Umno. Sekali lagi wadah Umno Karat.


Jadi Mohamad tak perlulah nak marahkan sangat orang membakar Utusan, tak jadi biadap pun. Nak buat macam mana itulah yang Mohammad dapat fikirkan dalam sidang Parlimen ketika ini. Ini menggelikan kita, perbuatan paling biadap, kalau mereka membakar gambar pemimpin PR tak jadi masalah. Tak menjadi masalah. Inilah berita lawak yang boleh diperkatakan. Mak Cik Minah, Mak Cik Leha di kampung jangan membakar Utusan untuk menyalakan api, nanti mak cik-mak cik semua paling biadap. Apa Mohamad dah habis idea hendak menjadi pejuang Melayu.

Utusan Malaysia hanya propaganda Umno BN sekarang. Tak lebih daripada itu. Lihatlah sahaja berita yang dibawa Utusan, penuh dengan berita murahan, menjadikannya sebuah akhbar yang menganggap rakyat semuanya bodoh. Jualannya juga jatuh merudum, inilah akibatnya kalau berada di bawah Umno, semuanya lingkup.

Datuk Mohamad Aziz fikirlah secara matang kenapa orang membakar Utusan. Utusanlah sememangnya yang paling biadap.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.