(Video&Gambar)Polis halang himpunan sambutan Pakatan di KL



















Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Polis menghentikan perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman di sini — tindakan malam kedua berturut-turut pihak berkuasa, yang diadakan sempena ulang tahun kedua kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden PKR Azmin Ali dihalang oleh anggota polis rusuhan Unit Simpanan Persekutuan ketika sedang berucap ratusan hadirin.

Ketika polis mendekatinya, Azmin yang juga Ahli Parlimen dan ADUN memberitahu mereka yang hadir bahawa kelab itu adalah milik kerajaan negeri Selangor, bukannya “harta Umno.”

“Saya minta anggota polis menerima perjuangan Pakatan Rakyat,” kata beliau dengan disambut mereka yang hadir.

“Jika kita diberikan mandat untuk mengambil alih (kerajaan), kita akan menjaga kepentingan anggota polis,” kata beliau sebelum ucapannya dihentikan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Kemudian polis menghantar kenderaan perisai air untuk menyuraikan penyokong Pakatan Rakyat agar meninggalkan kelab itu.

Kemudian Ahli Parlimen Batu dan pengarah strategi PKR Tian Chua meminta hadirin masuk ke dalam dewan, untuk memenuhi syarat polis yang melarang mereka berhimpun di kawasan padang.

Malam tadi polis menghentikan majlis makan malam dianjurkan DAP di Kepong, tidak jauh dari lokasi malam ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen — buat julung kali, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan Perak awal tahun lalu manakala tiga Ahli Parlimennya menjadi wakil rakyat Bebas.

Selain tiga Ahli Parlimen dengan sendiri keluar PKR, semalam parti itu memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang memutuskan untuk tidak merayu dan mahu bertindak menjadi wakil rakyat Bebas.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.