Zulkifli Nordin cari publisiti murahan - Khalid Samad
Oleh Mohd Ali Bakri
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin membuat laporan polis berhubung isu penggunaan nama Allah ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad disifatkan sebagai langkah mencari publisiti murahan.
Melalui laman sesawang peribadinya, Khalid berkata, beliau enggan berkata demikian kerana ingin menjaga hubungan baik antara Pas dan PKR sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Sejurus laporan polis itu dibuat, saya dihubungi wartawan. Mereka bertanya pandangan saya ke atas tindakan Zulkifli itu. Ketika itu saya jawab, itu 'hak dia'. Saya tidak mahu merumitkan lagi keadaan memandangkan dia masih lagi anggota PKR pada masa itu. Bagi saya hubungan PR perlu dijaga.
"Namun sekarang dia sudah tidak lagi dengan PKR atau pun PR. Maka, jawapan ringkas saya terhadap tindakan beliau adalah ia satu tindakan hendak mencari publisiti murahan," kata beliau baru-baru ini.
Dalam kenyataannya berhubung pemecatan PKR ke atas Zukifli itu, Khalid berkata, laporan peguam itu tidak bermakna apa-apa kerana sudah lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan yang memihak kepada Umno telah berbuat demikian sebelum ini.
"Tambah satu lagi (laporan yang dibuat oleh Zulkifli), apa bezanya? Lagi pun apa yang hendak sibuk-sibuk buat laporan polis? Sediakan sahaja tempat dan waktunya dan panggil Astro Awani atau Hujjah TV9, kita berdebat secara siaran langsung demi mencari kebenaran.
"Kemudian lihat sahaja siapa yang berhujah di atas kekuatan nas dan siapa yang bertindak di atas dasar sentimen semata-mata," kata beliau.
Tambah Khalid, jika kefahamannya mengenai isu penggunaan nama Allah selama ini tidak tepat, tersasar dan tidak berlandaskan syariat, maka beliau sedia dibetulkan dan beliau berharap, hal yang sama berlaku juga ke atas Zulkifli Nordin.
"Di rumah Anwar, semasa berkumpul ramai para ilmuan yang mengutarakan hujah masing-masing, Zulkifli hanya diam seribu bahasa.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment