Zulkifli Perlu Faham KEADILAN Untuk Semua Kaum

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 4 Mac - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Dr Muhammad Nur Manuty berkata Zulkifli Noordin perlu memahami bahawa KEADILAN adalah parti untuk semua kaum dan sudah tentu ahli panel dalam lembaga disiplinnya juga dianggotai bukan Islam.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) diminta mengulas tindakan Zulkifli hari ini yang enggan menghadap lembaga Jawatankuasa disiplin parti, sebaliknya bertindak keluar ketika pertemuan itu berlangsung atas alasan tidak mahu ahli panel lembaga tersebut terdiri dari kalangan orang bukan Islam.

Zulkifli hari ini dilaporkan berkata panel yang sepatut menentukan masa depannya itu perlu dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa terbabit bagi memberi penjelasan berhubung kritikannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Ketika diminta mengulas isu ini, Dr Muhammad Nur berkata pimpinan ulama dalam Pakatan Rakyat telah pun membuat keputusan mengenai isu penggunaan nama Allah yang dianggap telah selesai.

"Pengunaan nama Allah telah selesai, Pakatan Rakyat dan ijma ulama telah menyatakan pandangan bahawa soalnya ialah berbeza pandangan. Kita telah meminta pemimpin bukan Islam supaya menghormati asas kebimbangan ini dan apa yang penting ialah langkah pelaksanaan dan kawalan," katanya.

Tambah beliau, Zulkifli dihadapkan ke lembaga disiplin parti itu kerana soal disiplin dan tiada kena mengena dengan isu penggunaan nama Allah seperti yang beliau perkatakan.

"Perkara itu sudah tidak menjadi isu. Ijma pimpinan ulama dalam Pakatan Rakyat samada dalam KEADILAN atau PAS dan ulama muktabar dunia sudah menyatakan bahawa tak timbul soal hukum tetapi cuma perbezaan pendapat. Kita hormat pandangan yang berbeda dan keprihatinan terhadap orang Islam yang bimbang dalam isu ini," ujarnya.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

Kay Du Lac said...

Jadi bukan kes 'kalimah Allah' yang dibincangkan? Sungguh keliru. Kesnya kerana laporan polis terhadap Khalid Samad? Isunya? Berkaitan Islam?

Tak kisahlah pasal Zulkifli Noordin, memang selalu buat hal. Kawasan Kulim Bandar Bharu pun dah tak terjaga.

Tapi yang peliknya, dah tak ada orang Islam ke dalam PKR? Isu Khalid Samad kan berkaitan Islam? Biarlah Islam yang menjadi panel. Tak kan dalam hal Islam pun nak aplikasi hak sama rata seperti perjuangan PKR? Kalau macam tu, hakim Mahkamah Syariah pon patut diberi peluang kepada bukan Islam.

Powered by Blogger.