Bagaimana syarikat-syarikat menyalurkan wang kepada Umno

Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh CPI

Halim Saad dan Tajudin Ramli adalah dua orang anak emas Melayu tahun 1980-an dan 1990-an yang khusus dipilih oleh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk memimpin bangsa Melayu supaya mengambil tempat di persada nasional. Kedua-duanya diangkat sebagai sebagai pembawa budaya perniagaan Bumiputera baru yang bakal setanding dengan kaum Cina yang sekian lama menguasai bidang perdagangan.

Mengikut bisik-bisik orang dalam, ketika Mahathir mula menerajui negara, beliau merencanakan untuk mewujudkan barisan 100 orang bumiputera kaya-raya. Mahathir berharap mereka-mereka itu akan memakmurkan kaum Melayu luar bandar. Kesemuanya ini dijangka akan disempurnakan atas 'konsep payung', yakni di bawah naungan Umno. Begitulah rancangan Mahathir, sebagaimana juga beliau bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju melalui projek-projek mega.

Akan tetapi naluri manusia itu disebut rakus. Setelah orang terpilih yang diberi hak-hak istimewa tadi menjadi kaya, mereka tidak pula terdorong untuk berkongsi kemakmuran yang dinikmati dengan penghuni kampung dan luar bandar. Banyak syarikat yang diterajui anak buah Mahathir akhirnya runtuh dan perlu dihulurkan 'talian hayat' oleh agensi kerajaan seperti Khazanah Nasional, dana pelaburan negara ataupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selama 22 tahun pemerintahan Mahathir, menjadi tanggapan umum bahawa Umno mempunyai kaitan rapat dengan para ahli peniagaan bilioner Melayu. Namun begitu, andaian tersebut sekarang mampu terbukti kesahihannya lanjutan daripada dokumen-dokumen yang difailkan di mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini. Dokumen-dokumen pembongkar rahsia tersebut mengesahkan bahawa bahawa Tajudin, Halim dan lain-lainnya merupakan 'front men' ataupun wakil bagi kepentingan Umno, parti politik terbesar di Malaysia. Yang terlibat dengan saman-penyaman di mahkamah adalah golongan yang dikenali sebagai Umnoputra, satu kerat ahli peniagaan 'rentier, ataupun yang mendapat untung mudah daripada 'mengutip sewa' (maksudnya mendapat tender tertutup, lesen, permit dsb).

Akan tetapi bukan sekadar hanya Tajudin dan Halim yang bergelar Umnoputra. Di kalangan mereka termasuk Syed Mokhtar Al-Bukhary (kiri), salah seorang warga Malaysia terkaya, serta Yahaya Ahmad, yang mengepalai projek kereta nasional Mahathir (Yahaya terkorban dalam nahas helikopter bersama isterinya), serta Samsuddin Abu Hassan yang diperkenalkan oleh Mahathir kepada phak pentadbiran Nelson Mandela.

Samsuddin melarikan diri dari Afrika Selatan selepas dituduh menggelapkan berjuta-juta ringgit dan meninggalkan hutang berjumlah sekitar rand 50 juta (US$7.2 juta pada kadar pertukaran matawang masa kini). Angkara salah laku Samsuddin, bank Durban gagal. Beliau pulang ke tanahair tanpa diiringi isteri glamornya Melleney Venessa Samsudin.

Sekembalinya ke Malaysia, Samsudin (kanan) dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Mitrajaya Holdings Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Umno yang telah memainkan peranan penting dalam projek-projek nasional termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KL Light Rail Transit System (LRT), Cyberjaya Flagship Zone serta lain-lain lagi.

Sekurang-kurangnya 23 syarikat terbesar di Malaysia (lihat senarai di bawah) nampaknya telah ditunggang Umno bagi membolot kontrak kerajaan dan seterusnya menyedut wang. Tatkala itu, percaturan Mahathir sudahpun terlerai. Oleh kerana para pengurus tadbir syarikat-syarikat tersebut begitu sebati dengan Umno dan ranting-ranting pelaburannya, apa-apa percubaan untuk memisahkan mereka besar kemungkinan akan menghancurkan parti. Pada bulan Julai baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak telah memberikan sebuah ucapan yang disebarkan secara meluas, di mana beliau berjanji untuk membasmi gejala rasuah dalam partinya.

Sebahagian besar pemilikan harta yang disebut di atas nampaknya telah disalurkan melalui sebuah syarikat misteri yang muncul pada tahun 1993. Syarikat tersebut -- Realmild -- mengambil alih pengurusan (melalui 'management buyout') media termasuk New Straits Times Press (M) Bhd dan TV3, dan dengan pembelian bernilai RM800 juta itu berjaya menguasai sebahagian besar industri media.

Realmild tatkala itu sudah memiliki saham majoriti dalam Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) yang diberikan kontrak untuk membangunkan projek raksasa KL Sentral, iaitu kompleks yang dijadikan pusat pengangkutan [nota pengarang CPI: Pusat yang menemukan LRT, monorail, KTM, komuter, ERL, dsb). Realmild juga membeli syarikat Labuan dan Sabah Shipyards yang membekalkan Tentera Laut Malaysia, serta Redicare dan Medivest, yang diberikan kontrak lumayan untuk menyediakan bekalan perubatan untuk hospital kerajaan.

Pada bulan September, Syed Anwar Jamalullail, seorang adik-beradik kepada Sultan Perlis, dan saksi-saksi lain telah memberi keterangan di mahkamah. Di dalam kes rumit yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saksi-saksi tersebut berkata Daim Zainuddin, orang kanan perdana menteri, sering meminta para pengusaha Melayu supaya menjadi 'nominee' (orang yang dicalonkan) untuk mengurus syarikat-syarikat tersebut. Salah seorang bekas pengarah Realmild Khalid Ahmad telah memfailkan saman pada 2005 dengan mendakwa beliau ditipu sebanyak RM10 juta. Jumlah tersebut adalah seharusnya bayaran untuk lima peratus saham Realmild yang dituntutnya daripada Abdul Rahman -- yang disebut sebagai tuanpunya ('beneficial owner') Realmild.

Menurut keterangan yang diberikan di mahkamah, Abdul Rahman bersetuju membayar RM10 juta tetapi kemudian mengingkari janjinya setelah beliau diberitahu oleh Mahathir bahawa saham tersebut sebenarnya milik Umno [dan bukan milik peribadi perseorangan]. Para trustee (yang memegang amanah) untuk Realmild sebenarnya adalah Mahathir sendiri serta bekas pengarang kumpulan Berita Harian Ahmad Nazri Abdullah, bekas pengarang kumpulan New Straits Times Group Abdul Kadir Jasin dan Mohd Noor Mutalib. Ahmad Nazri mengatakan dalam pernyataannya kepada mahkamah ('deposition') bahawa walaupun beliau memegang saham majoriti Realmild sebanyak 80 peratus, namun 70 peratus saham itu sebenarnya dipegang olehnya untuk Mahathir.

Syarikat-syarikat lain dalam jaringan Umnoputra termasuk Faber Group Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan UEM, yang kini terlibat dalam sektor pengurusan hartanah dan kemudahan-kemudahan ('integrated facilities management and property solutions'); dan KUB Malaysia Bhd -- sebuah syarikat induk yang berkecimpung dalam bidang maklumat, komunikasi dan teknologi, hartanah, kejuruteraan & pembinaan serta industri makanan.

Syarikat-syarikat tersebut terlibat juga dalam pelbagai kegiatan termasuk media, pembangunan, pembinaan, jalan tol, peralatan hospital, logistik dan pengedaran, perkhidmatan jaringan telefon bimbit dan lain-lain. Barisan Nasional yang berkuasa sejak Merdeka telah memanfaatkan Umnoputra dengan mengagihkan kontrak-kontrak kerajaan kepada syarikat-syarikat di bawah penyeliaan mereka. Seperkara lain tentang syarikat-syarikat ini ialah kebanyakan mereka disalah urus dan akhirnya gagal kerana masalah kewangan atau kerumitan lain. Angkara itu, syarikat-syarikat tersebut terpaksa diberi pertolongan ataupun ditebus oleh kerajaan.

Realmild 'diselamatkan' apabila ianya menjual MRCB yang dimiliknya kepada KWSP sebagai sebahagian daripada penyelesaian hutang bagi pinjaman RM500 juta pada lewat 2005. [Perihal syarikat-syarikat lain] Putera Capital Bhd, yang sebelum ini memiliki Putra World Trade Center -- PWTC yang merupakan ibu pejabat Umno, yang juga menyewakan ruang pejabat kepada bisnes-bisnes -- sekarang dekat muflis. Manakala UEM Builders Bhd, suatu cabang dari United Engineers Malaysia (UEM), bersama dengan UEM World Bhd, dibeli oleh Khazanah Nasional, jentera pelaburan strategik kerajaan yang serentak memiliki pelaburan kerajaan.

Khazanah Nasional kini juga menjadi pemilik PLUS, yang memegang kontrak tol untuk Lebuhraya Utara-Selatan, serta Pharmaniaga -- dulunya sebuah anak syarikat UEM yang terlibat

No comments

Powered by Blogger.