Berfikir sejenak lebih baik dari beramal sepanjang malam
Bagi orang-orang yang zuhud dan yang muktabar mereka selalu mengajar murid-murid mereka supaya berusaha menjadi orang yang ikhlas dan jujur sesama manusia. Apabila kita jujur dengan manusia yang lain maka sekali gus kita adalah seorang yang jujur kepada yang Maha Esa. Tiada siapa yang mengetahui sejauh mana kejujuran seseorang itu melainkan diriNya yang sebenarnya.
Tahap kejujuran itu hanya akan sampai apabila kita telah melakukan pensucian terhadap diri kita melaui ibadah pada zahirnya dan amalan pada hakikatnya. Jika kain dan baju kita itu kotor maka cara membersihkannya ialah dengan membasuh dengan air dan sabun pencuci. Tetapi pensucian diri kita itu hanya boleh dilakukan dengan mengamalkan zikirullah secara intensif yang merupakan solat berterusan yang dinamakan dalam kajian hakikat sebagai Solatul Daimun.
Bertawajjuh dan bertawassul kepada Allah merupakan satu amalan yang dituntut bagi kita menjolok rahmat Tuhan dan seterusnya kita berharap dibukan hijab untuk menjadi orang yang ikhlas dan jujur dalam semua penghidupan termasuklah bidang siasah dan politik yang melibatkan manusia ramai. Itulah amalan pemimpin-pemimpin besar Islam zaman dahulu dan kebesaran gagasan dan jajahan takluk Islam dilakukan oleh pemimpin-pemimin yang sentiasa bersama Tuhan.
Lain-lain perkataan pemimpin-pemimpin Islam semasa itu sentiasa berada bersama Tuhan dalam segala kehendak kehidupan mereka. Kesebatian mereka dengan unsur ketuhanan mereka sangat tinggi: ibaratnya, kalau tidur dibuat bantal, kalau berjalan dibuat tongkat. Inilah pakaian hidup pemimpimpin-pemimpin besar Islam dahulu kala yang mampu menakluki sebahagian besar dunia ini dan mengembangkan Islam dimerata perusuk dunia ini.
Kita berbalik kepada unsur ikhlas tadi. Sifat ikhlas ini merupakan sifat Tuhan yan Maha Esa dan mereka yang zuhud sahaja yang boleh dikategorikan sebagai ikhlas. Walaupun ramai diantara kita yang mengaku yang mereka serta perjuangan mereka adalah ikhlas hakikatnya yang ikhlas hanya mereka yang sudah sampai kesucian batin dan qalbi mereka sahaja.
Tindakkan seorang yang ikhlas itu bersandarkan kepada 4 landasan yang dibahagikan kepada 2 elemen yang berbeza:-
2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat dan 2 lagi yang kita mesti lupakan sepanjang kehidupan kita.
1) 2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat kita ialah baik orang kepada kita.Satu lagi ialah jahat kita kepada orang. Mengingati baik orang kepada kita itu merangkumi sifat berterima kasih dan sifat syukur. Mengingati jahat kita kepada orang lain sepanjang hayat kita ialah untuk membina sifat taubat dan menyesal diatas tindakkan jahat kita kepada manusia lain.
2) 2 perkara yang kita mesti lupakan sepanjang hayat kita ialah baik kita kepada orang lain dan jahat orang kepada kita. Melupakan baik kita kepada orang lain itu nerupakan sifat ikhlas dan jujur yang dituntut Tuhan itu kerana jika kita ikhlas dan jujur segala perbuatan kita itu tidak meminta diingati dan meminta balasan. Ianya semata-mata kerana keredhoan kita sebagai makhluk Tuhan yang dikatakan sebagai secantik-cantik kejadian itu. Melupakan jahat orang kepada kita ialah untuk membina sifat pemaaf diats kesalahan manusia lain terhadap kita.
Perkara-perkara yang disebutkan diatas ini merupakan elemen kesempurnaan sebagai insan yang diberikan tanggungjawab menjaga kesucian dan kerahsiaan Tuhan dan jika ada dikalangan kita mempunyai cirri-ciri ini dalam kehidupan kita maka kitalah sebenarnya yang menguasai segala apa yang baik yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi serta Aulia-Aulia dan Wali-WaliNya.
Dalam kontek ini maka kita lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin boleh bertefakkur walaupun sejenak untuk meletakkan kita dimana yang sepatutnya diletakkan. Bertefakkur dan berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Itulah satu dari Fiman Tuhan yang Maha Esa.
[Sumber]

No comments
Post a Comment