Gaji minimum: Jangan jadi cerita Mat Jenin, kata PKR
KUALA LUMPUR, 15 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik langkah bahawa Kabinet akan membincangkan cadangan gaji minimum untuk pekerja-pekerja di Malaysia hari ini tetapi berharap usaha itu tidak akan berubah menjadi “angan-angan Mat Jenin.”
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya berpendirian bahawa gaji minimum akan benar-benar bermakna hanya jika dilaksanakan bersama perubahan menyeluruh tersebut dengan keikhlasan membela hak pekerja dan rakyat Malaysia.
“PKR juga mengalu-alukan sokongan Pemuda BN terhadap gaji minimumum.
“Harapan PKR adalah agar ini bukan satu lagi angan-angan Mat Jenin, tetapi wujud keazaman politik untuk kerajaan melaksanakan dasar ini,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, sekian lama pekerja-pekerja terutamanya menerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memperjuangkan dasar gaji minimum bagi membela kebajikan pekerja.
Nazmi berkata PKR telah menjadikan gaji minimumum sebagai antara lima manifesto utama pada pilihan raya umum 2008.
“Komitmen melaksanakan gaji minimum juga telah dimeterai oleh Pakatan Rakyat menerusi Dasar Bersama yang diluluskan Konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada tahun lepas,” katanya.
Beliau berpendapat kadar upah yang rendah adalah masalah utama yang membelenggu pekerja dan keluarga mereka.
“Sudah begitu lama Malaysia bergantung kepada kadar upah rendah dengan kebanjiran pekerja asing.
“Ekonomi negara tidak meningkat dalam rangkaian nilai dan rakyat Malaysia berhadapan kos sara hidup yang tinggi.
“Kesannya, semakin ramai pekerja dan keluarga mereka dibebani hutang di sekeliling pinggang,” katanya lagi.
Malah kata beliau, PKR tidak berkongsi pandangan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam yang seolah-olah berat hati untuk melaksanakan dasar gaji minimum.
Katanya, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika rakyat memeriksa rekod Barisan Nasional yang gagal membela golongan pekerja selama lebih 50 tahun memegang kuasa.
Beliau juga berkata pengalaman negara-negara luar membuktikan dasar ini boleh berjaya seiring pengenalan dasar-dasar lain yang memacu pertumbuhan ekonomi.
Nazmi berkata, isu meningkatkan pengangguran mahupun mengurangkan pelaburan asing tidak timbul jika kerajaan membina keyakinan untuk meningkatkan pelaburan asing dan swasta serta pada masa yang sama melabur dalam sektor pendidikan, latihan dan infrastruktur.
“Ini sekali gus dapat meningkatkan kemahiran dan produktiviti pekerja. Kerajaan juga mesti serius mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing,” katanya.
Sehubungan itu katanya, Keyakinan pelabur hanya dapat diperoleh dengan mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kerajaan berserta memerangi gejala rasuah.
“Isu-isu ini yang telah menjejaskan kebolehan Malaysia menarik pelaburan hari ini meskipun belum melaksanakan gaji minimum.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan pendapatan minimum isi rumah sebanyak RM4,000 menjelang lima tahun Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan persekutuan ketika mengulas pencapaian separuh tahun ekonomi negara yang hambar Ogos lalu,” katanya.
ADUN Seri Setia ini berkata sasaran ini dapat dicapai dengan iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reformasi terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung .
Kata beliau, PKR merasakan gaji minimum akan benar-benar bermakna hanya jika dilaksanakan bersama perubahan menyeluruh tersebut dengan keikhlasan membela hak pekerja dan rakyat Malaysia.
Ketika berucap merasikan Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda BN-MTUC kelmarin, Subramaniam berkata, satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1974 yang didapati kurang sesuai untuk
diaplikasikan dalam menetapkan gaji minimum ketika ini.
Subramaniam berkata perincian asas berhubung penggubalan akta baru yang dijangka dibentangkan di Parlimen Mac tahun depan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.
“Penetapan gaji minimum melalui akta sedia ada mengambil masa yang lama serta rumit, malah ia juga tidak menyeluruh kerana pendekatannya adalah mengikut jenis pekerjaan dan subsektor tertentu.
“Dalam melaksanakan dasar gaji minimum kebangsaan, ia memerlukan penguatkuasaan undang-undang,” kata beliau.
Dasar gaji minimum dibantah oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia.

No comments
Post a Comment