"Jangan biar Bakun jatuh ke tangan asing" – DAP Sarawak

Oleh Joseph Tawie

KUCHING: DAP Sarawak membantah idea kerajaan persekutuan menjual empangan hidro elekrik Bakun kepada syarikat asing, kalau tidak, penduduk tempatan terpaksa bergantung kepada belas ehsan syarikat itu.

"Kami difahamkan terdapat tiga tawaran untuk membeli empangan itu – dua syarikat asing dan kerajaan negeri Sarawak," kata Setiausaha DAP Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, "empangan ini merupakan sebuah projek yang strategik dan kita mesti memastikan ia tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau lebih buruk lagi, syarikat asing.

Chong yang juga ahli parlimen Bandar Kuching, mencadangkan supaya kerajaan persekutuan menyerahkan empangan itu kepada kerajaan negeri jika kerajaan pusat benar-benar berminat untuk membangunkan Sarawak.

"Lagi pun, kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah kerajaan Barisan Nasional. Ia seperti mengambil wang dari poket kiri dan memasukkan ke dalam poket kanan," jelas beliau.

Kerajaan persekutuan mesti menimbangkan pilihan ini kerana ketika pembinaan empangan, sumber asli negeri semakin pupus, pokok-pokok ditebang, hutang dibersihkan dan penduduk pribumi ditempatkan semula dan tanah mereka tenggelam.

Tubuh jawatankuasa khas

Katanya, "kesemua ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kosnya. Jadi saya menyeru kepada kerajaan persekutuan menyerahkan empangan ini kepada rakyat Sarawak.

"Empangan ini hendaklah diuruskan oleh sebuah jawatankuasa khas meliputi wakil dari parti pembangkang, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Saya akan menyentuh perkara ini dalam Parlimen," ujar beliau.

Buat masa ini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedang berunding mengenai harga empangan itu untuk dijual kepada Sarawak.

Kerajaan persekutuan dilaporkan menawarkan harga RM8 bilion, manakala Sarawak mahu harga yang lebih rendah.

Usaha membanjiri Bakun itu bermula hari Selasa selepas ditangguhkan ekoran dari cuaca buruk. Empangan yang terbesar di Asia Tenggara ini dan bernilai RM7.3 bilion ini, dijangka mengambil masa tujuh hingga sembilan bulan untuk memenuhinya dengan air.

Setelah penuh, hanya sebuah dari lapan turbine digunakan pada
peringkat awal bagi menjana 300MW tenaga elektrik.

No comments

Powered by Blogger.