Kos Projek Institut Kanser Negara Naik Dua Kali Ganda Kepada RM700 Juta
Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 19 Okt - Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mendedahkan peningkatan kos pembinaan Institut Kanser Negara yang menelan belanja RM690 juta itu dua kali ganda daripada tawaran asal sebanyak RM340 juta.
Beliau berkata projek ini adalah satu lagi contoh jelas kerajaan Umno-Barisan Nasional masih terus mengamalkan budaya kronisme dan 'untung atas angin' (rent seeking) walaupun menjanjikan kepada rakyat pendekatan tender secara terbuka akan diamalkan dalam Model Ekonomi Baru.
Menjelaskan latar belakang projek tersebut, acara pecah tanah telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 9 Januari 2007 di Putrajaya dan menjadi sebahagian daripada projek dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Projek tersebut yang merupakan inisiatif kerajaan untuk pesakit kanser dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.
"Pada 10 Mac 2009, Timbalan Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Dr Latiff Ahmad menyebut kerajaan berada di tahap akhir untuk membina institut tersebut dengan kos sebanyak RM700 juta.
"Ertinya, selepas 24 bulan diumumkan, harganya sudah pun meningkat 100%.," ujar beliau.
Menurut Saifuddin, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati projek itu telah diberikan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd dan dalam penyata akaun tahunan syarikat tersebut pada tahun 2009 mengesahkan ia telah memperolehi surat tawaran untuk membina institut pada Januari 2008.
"Pengarah dan pemegang sahamnya ada dua orang iaitu Ahmad Zaid Salleh Hamdi dan Hashim Hassan. Apabila kita siasat latarbelakang mereka di dalam beberapa dokumen Bursa Saham Kuala Lumpur, ianya berkaitan dengan MMC dan Tradewind yang mempunyai hubungkait dengan jutawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
"Syarikat ini sebenarnya disahkan mendapat projek ini dengan harga RM690 juta dan siap selama 36 bulan.
"Apa yang kita mahu jelaskan di sini adalah peningkatan 100% dan projek ditangguhkan dan tidak dijalankan seperti yang dijadualkan.
"Kita syak kosnya meningkat adalah kerana Kiara Teratai yang sepatutnya menjalankan projek ini telah menyerahkan kepada IJM Corporation.
"Ini berasaskan bukti laporan pasaran HwangDBS Vickers yang bertarikh 5 Mei 2009 yang menyebut bahawa projek membina hospital berharga RM700 juta dalam RMK9," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.
Ini menunjukkan percanggahan dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berjanji melaksanakan tender terbuka dengan menggunakan dana awam.

No comments
Post a Comment