Najib Hasut Kakitangan Kerajaan Sokong Umno

Oleh Suara Keadilan

TPSHAH ALAM 18 Okt - Meskipun berapi-api mencanangkan gagasan 1Malaysia beliau, Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak masih terperangkap dalam pemikiran perkauman apabila mengingatkan pesara kerajaan bahawa hanya Umno mampu menjamin kelangsungan 'ketuanan Melayu'.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tonu Pua berkata amaran yang diberi Najib semasa melancarkan Kelab Umno Pesara Kerajaan di kediamannya Jumaat lalu memberi gambaran beliau tidak boleh membezakan antara ketaatan kepada kerajaan dan kepatuhan kepada sesebuah parti politik.

Dalam hal ini, jelas Tony sementara kakitanghan kerajaan wajib patuh kepada kerajaan yang memerintah serta melaksanakan dasar yang digubal secara bersungguh-sungguh dan profesional, namun anggota perkhidmatan awam juga dibenarkan mempunyai ruang idealisme politik mereke sendiri.

"Dengan impian Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, mungkin Perdana Menteri harus mempunyai pemikiran pemimpin negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Britain, Perancis atau Australia di mana kerajaan boleh bertukar tanpa mempersoalkan kesetiaan dan afiliasi politik mana-mana kakitangan kerajaan

"Kedua, apabila Najib merujuk kepada Umno semata-mata menunjukkan beliau hanya berminat kepada kelangsungan masa depan orang Melayu dan Umno sebagai parti eksklusif Melayu. Tetapi yang paling ketara dalam ucapan beliau ialah retorik perkauman untuk menimbulkan kemarahan di kalangan anggota perkhidmatan awam Melayu," kata Tony dalam kenyataan medianya semalam.

Kata Tony lagi, bersandarkan ucapan beliau, maka tidak hairanlah mengapa pentadbirannya tidak mampu mengambil tindakan terhadap kenyataan rasis pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail ataupun dua pengetua mahupun bekas pegawai khasnya, Datuk Nasir Safar seterusnya Timbalan Pengarah Biro Tatanegara yang mengelar kaum India 'kaki botol'.

Sikap yang dimabil Najib juga menjelaskan pendirian beliau tidak mengkritik atau mengambil tindakan terhadap Perkasa yang terus menerus membuat kenyataan berbaur perkauman.

Malah kata Tony yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP jika Najib menimbulkan isu Perkara 153 dalam ucapannya, apa yang patut ditanya mengapa peruntukan itu disalahguna untuk memperkayakan segelintir kroni yang sudahpun kaya raya dan berpengaruh.

No comments

Powered by Blogger.