PAS optimis pertahan Galas, yakin tak jejas sokongan Ku Li isu minyak

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 7 Okt — Sambil optimis boleh mempertahankan kerusi DUN Galas, PAS percaya hubungan parti Islam itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan terjejas meskipun beliau bertindak pengarah jentera BN dan kemungkinan calonnya.

PAS yakin Tengku Razaleigh akan kekal dengan pendirian mahu memberi sokongan “moral” yang diberikan dalam isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan.

“Kami yakin beliau akan kekal dengan pendirian (menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sidang media di sini hari ini.

Mustafa berkata pertarungan pilihan raya kecil ini adalah antara parti, bukannya individu.

“Ini PAS, Pakatan Rakyat lawan Umno, BN... bukannya individu,” kata beliau.

Pilihan raya kecil akan berlangsung 4 November dengan penamaan calon 26 Oktober.

1 comment

Unknown said...

Minta saudara link blog sy sebagai link exchange.. terima kasih ..
http://propasblog.blogspot.com/

Powered by Blogger.