Umno Tak Peduli Malaysia Jadi Pariah Asal Terus Kekal Berkuasa
Oleh Norasikin Samsi
SNI17PETALING JAYA 7 Okt - Umno-Barisan Nasional tidak menjadikan kecaman masyarakat antarabangsa berhubung konspirasi memusnahkan karier politik Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kayu ukur malah tidak mempedulikan langsung risiko Malaysia dilabelkan sebagai 'pariah' asalkan matlamatnya berjaya mengekalkan kuasa sebagai pemerintah negara.
Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail serangan menjatuhkan reputasi Anwar secara berterusan merupakan langkah terdesak Umno-Barisan Nasional apabila tidak berdaya lagi berhadapan dengan ketokohan dan hujah Anwar sebagai negarawan bertaraf dunia.
"Sama ada Malaysia itu menjadi 'pariah' di mata antarabangsa, Umno tidak ambil kisah soal perkara ini, yang penting Umno mesti terus kekal berkuasa dan dengan kuasa politik itu mereka boleh terus melakukan apa sahaja semahu-mahunya.
"Pada dia (Umno-BN), reputasi Malaysia di mata antarabangsa itu bukan ukurannya, keutamaannya Umno mesti berkuasa dengan apa cara sekalipun.
"Oleh kerana lawan politik nombor satunya adalah Anwar, maka riwayat politik Anwar itu mesti ditamatkan dahulu dengan kilang-kilang fitnah itu akan terus mereka giatkan," kata Saifuddin kepada Suara Keadilan ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat semalam oleh Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar berhubung dua surat akuan bersumpah yang ditandatangani.
Beliau kini menafi menandatangani atas kerelaannya dan mendakwa dipaksa oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya yang juga seorang peguam.
Saifuddin berkata tanpa disedari Umno-BN, perbuatan mereka itu akan dinilai rakyat sebagai tindakan politik jahat dan durjana dan sebaliknya mendorong rakyat menambah sokongan kepada KEADILAN.
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja memberi gambaran buruk kepada Umno-BN malah mencerminkan betapa dangkalnya politik yang di bawa mereka kerana sanggup membelakangi budaya dan peradaban masyarakat Melayu. IMG_5363
"Serangan tidak putus-putus yang dilakukan ke atas Anwar ini adalah sebagai langkah terdesak Umno-BN yang akan menjerat diri mereka sendiri kerana tanpa mereka sedar perbuatan itu dilihat oleh rakyat sebagai berlebihan dan keterlaluan.
"Perbuatan ini juga hanya akan mendedahkan bagaimana politik jahat Umno-BN ini kerana mereka tidak langsung menghormati batas-batas, adab dan akhlak budaya orang Melayu dan Islam," katanya lagi.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan dakwaan terbaru itu sebagai bukti Umno-BN tidak pernah mengambil iktibar daripada petunjuk rakyat yang berpaling menyokong KEADILAN biarpun setelah pelbagai halangan dilalui Anwar akibat perbuatan rejim kerajaan yang mahu menamatkan riwayat politiknya.
"Saya menyifatkan isu terbaru ini sebenranaya adalah satu bukti bagaimana Umno-BN tidak pernah serik dengan hukuman dan isyarat daripada rakyat.
"Kalau sekiranya rakyat termakan dengan fitnah jahat ini, bermula 1999 lagi, nama Anwar akan terpadam terus daripada persada arena politik negara. Tidak mungkin rakyat Malaysia baik apa agama dan anutan sekalipun akan menghampiri seorang pemimpin yang begitu jijik dan hina akhlaknya, seorang yang dikatakan ada hubungan dengan 27 orang wanita pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, Indian, Eropah dan sebagainya sepertimana laporan afidavit mahkamah oleh (Tan Sri) Musa Hassan semasa beliau menjadi pegawai penyiasat pada tahun 1999.
"Anwar juga dituduh sebagai pengkhianat negara, beliau juga sebagai agen Yahudi dan Amerika malah kuda tunggangan Cina DAP dan segala macam.
"Fitnah ini berterusan dari 1998 sampai sekarang. Apakah pengaruh Anwar terhakis bahkan tidak. Parti yang Anwar ketuai semakin mendapat tempat di hati rakyat. Apakah Umno mengambil iktibar daripada pelajaran ini, jawapannya tidak.
"Fitnah baru yang direka ini hanya akan semakin membuka mata rakyat tentang bagaimana terdesaknya Umno dan BN tidak mampu bersilat dengan Anwar dalam gelanggang politik tetapi menggunakan intrumen pemerintah seperti polis, peguam negara dan mahkamah untuk menghancurkan dan menamatkan riwayat politik Anwar," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak Anwar berhadapan risiko ditahan semula kerana menganggap senario itu menjadi kezaliman Umno-BN untuk menyekat Anwar mara
"Risiko ditahan itu ada dan ini bukannya sesuatu yang pelik kerana sebelum ini aduan pada 1998 dia ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), dipukul, dikurung. Aduan 2008, dia ditahan, dipaksa ambil DNA.
"Mereka (kerajaan) akan mengulangi proses yang sama, ada laporan polis mereka akan tahan Anwar, mereka akan kilang segala fitnah jahat.
"Saya juga optimis berdasarkan pengalaman kes 1998, beliau dibicarakan 1999 diulangi lagi dengan kes dan bukti-bukti yang tak masuk akal dan proses mahkamah yang tidak langsung memberikan Anwar bukti-bukti yang tidak adil sehinggalah sekarang dan episod ini akan hanya meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah mangsa kepada Umno dan BN yang hanya mahu terus kekal berkuasa," katanya.

No comments
Post a Comment