Pilihan Raya Kecil Tanggungjawab bertanding dalam pilihan raya kecil Galas
Oleh Abu Firdaus
Apabila masuk ke dalam pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, apa yang perlu ada dalam fikiran seseorang aktivis PAS ialah melihatnya sebagai tanggungjawab. Itulah sebenarnya prinsip bagi PAS sejak ia dipimpin oleh gagasan Kepimpinan Ulama Pada tahun 1982.
PAS bukan sebarang parti politik yang hanya peduli mengenai memagang kuasa, tetapi ia lebih kepada wadah bagi melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat kerana Allah SWT.
Memang tepat nama kawasan pilihan raya kecil yang diadakan iaitu Galas. Ingatlah peruibahasa Tiada Beban Batu Digalas. Bagi PAS, apa yang wajar digalas adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT yang disampaikan melalui Al-Quran oleh Rasulullah SAW dalam bentuk agama Islam.
Banyak para pengulas yang melihat bahawa Barisan Nasional akan menang dalam pilihan raya kecil itu. Lebih-lebih lagi jika Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanding. Tetapi kalaupun beluiau tidak bertanding, sebagai pengarah pilihan raya, beliau mempunyai cukup pengaruh untuk memberikan kenenangan Galas kepada Barisan Nasional.
Kemenangan PAS dalam pilihan raya di Galas itu dilihat sebagai faktor tsunami politik 2008 yang tidak berulang kali. Maka peertikaiannya adalah undi Cina. Maka diharapkan mereka bahawa undi Cina akan diperoleh oleh Barisan Nasional. Maka dikatakan bahawa dalam pilihan raya lalu, undi Cina pada keseluruhan di negara ini menyebelahi Pakatan Rakyat, maka perkara itu juga berlaku di Galas.
Bila merujuk kepada pilihan raya kecil Hulu Selangor juga dilihat betapa Barisan Nasional berjaya memenangi semula kawasan itu. Tetapi undi Cina tetap pada Pakatan Rakyat. Yang membawa kepada kemenangan kepada Barisan Nasional adalah kembalinya pengundi Melayu kepada gabungan parti itu. Itulah perkiraan politik para pemerhati.
Tetapi cara berfikir itu adalah dari sudut kepentingan parti politik. Maka dipertimbangkan sama Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang akan mencapai kemenangan. Sedangkan apa yang wajar menjadi pertimbangan ialah kepentingan rakyat dalam kontreks kehidupan bernegara, bukannya parti politik semata-mata.
Jadi apa yang wajar ditawarkan kepada para pengundi ialah kehidupan yang lebih baik bagi rakyat. Tetapi kehidupan yang lebih baik itu hendaklah berlandaskan kepada cara yang bersih. Tentu bagi PAS, maksudnya seperti yang diajar Islam.
Memang benar ahli-ahli politik dan aktivis hanya manusia biasa yang tentunya masing-masing mempunyai kepentingan dan kelemahan iaitu apabila diukur daripada kebersihan agama. Tengtunya tidaka da yang sempurna. Namun para pengun di boleh membuat pilihan antara calon PAS dan Umno yang masing-masing mewakili Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Tidak seperti di Hulu Selangor, Galas adalah kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tujuannya adalah mencari pengganti wakil dari PAS yang meninggal dunia baru-baru ini bagi mewakili rakyat di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang majoriti wakilnya adalah PAS. Oleh kerana tempoh lima tahun belum berakhir dan jika pengundi memilih wakil dahulu kerana partinya, maka sewajarnya seorang dari PAS dipilih semula, memanglah bergantung pada calon yang ditawarkan nanti.
Dari satu segi pula, oleh kerana kerajaan negeri yang terbentuk daripada penguasaan majoriti DUN itu adalah PAS, maka jika difikirkan mudahnya berurusan dengan kerajaan negeri untuk rakyat, maka sewajarnya yang dipilih adalah dari kalangan kerajaan negeri. Pertimbangan ini perlu diambil kira kerana pilihan raya kecil ini beralngsung di tengah-tengah tempoh antara pilihan raya.
Jika dalam pilihan raya negeri, perkara ini tidak timbul kerana rakyat harus memilih kerajaan negerai yang disukai. Dalam konteks Kelantan tentunya antara PAS atau Umno.Tetapi selepas pilihan raya negeri berakhir, maka dapat dilihat siapa yang membentuk kerajaan negeri. Jadi dalam hal ini, yang wajar dipertimbangkan ialah sama ada pengudni di situ mahu seorang penyokong kerajaan negeri, atau pembangkang. Tentunya ada ciri-ciri kelebihan dan kekurangan dalam pilihan itu.
Dalam pilihan raya kecil kali ini, ia adalah pertama kali seorang calon Pakatan rakyat dipertandingkan di situ. Maknanya calon PAS yang akan bertanding kelak bukan saja mewakili partinya tetapi juga Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Ini keraan dalam pilihan raya 2008 lalu, Pakatan Rakyat belum ditubuhkan. Yanga da hanyalah Barisan ALternatif terdiri daripada PAS dan Keadilan.
Maka kalau diandaikan pengundi Cina di Galas mengundi mengikut kaum, maka inilah buat pertama kalinya mereka boleh memberi undi kepada DAP melalui Pakatan Rakyat yang diwakili PAS. Ini jika dilihat bahawa DAP itu parti mewakili Cina dan PAS parti mewakili Islam.
Tetapi hakikatnya tidak kiralah mana-mana parti yang bertabding di negara ini, sama ada PAS atau DAP; sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, kesemuanya mewakili semua kaum, semua penganut agama. Kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang apabila berada di galas tentu wajar diberi perkhidmatan oleh ADUN yang dipilih.
Malah mana-mana ADUN yang dipilih mewakili bukan saja para pengundi yang memilihnya tetapi semua pengundi termasuk yang tidak memilihnya. Malahan juga ADUN yang dipilih adalah juga wakilui semua penduduk atau yang bekerjka di kawasan DUN berkenaan. Justeru apabila para pengundi membuat piliahnnya, ia juga bukan saja mewakili driinya tetapi juga penduduk yang tidak mengundi di situ.
Justeru apabila pengundi membuat pilihannya, ia harus memikirkan tamggungjawab sebagai pemegang amanah yang memiliki hak mengundi untuk menentukan wakil rakyat bagi kawasan DUN berkenaan. Pilihannya pula wajar dibuat setelah diberi pertimbangan segala hujah yang dikemukakan sewaktu berkempen nanti.

No comments
Post a Comment