Halau wartawan bukti Umno tidak mesra media, kata NUJ
KUALA LUMPUR, 20 Okt – Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) mendakwa Umno yang kini melangsungkan perhimpunan agung tahunannya di ibu negara turut memperlihatkan sikap tidak mesra media dengan menghalau wakil portal berita alternatif daripada menggunakan pusat media.
Pertubuhan wartawan itu juga menegaskan, tindakan parti itu juga tidak selari dengan pendirian Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri berhubung peranan media massa, yang dilahirkan semalam.
Presiden NUJ Hata Wahari berkata pihaknya kesal dan dukacita dengan tindakan Umno, parti dominan Barisan Nasional (BN) menghalau wartawan daripada beberapa portal berita dari pusat media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“NUJ melihat tindakan ini merupakan tindakan kebelakang dalam mendukung kebebasan media,” kata beliau.
Katanya, tindakan itu juga memperlihatkan sikap tidak mesra media dan tidak selari dengan ucapan Presiden Umno semasa berucap menutup Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Librasasi Media dan Realiti Politik Baru semalam, yang berkata bahawa media boleh memainkan peranan penting bagi menghapuskan ektremis di dunia.
“Malangnya, Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib tidak memegang prinsip yang dilaung-laungkan dan sikap-sikap itu terbukti dengan tindakan menghalau wartawan dari berada di pusat media,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini petang ini.
Sehubungan itu kata beliau, NUJ mendesak agar larangan kepada wartawan portal alternatif untuk membuat liputan itu ditarik balik dan mengembalikan status quo agar setiap organisasi media dapat membuat liputan tanpa halangan.
“NUJ Malaysia meminta Presiden Umno bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan mengeluarkan arahan kepada Setiausaha Agung Umno agar tindakan menghalang organisasi media untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu di tarikh balik dengan segera,” kata beliau lagi.
Hata berkata, NUJ juga menerima aduan daripada beberapa ahli yang mendakwa permohonan mereka untuk mendapat pas untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu ditolak walapun permohonan itu dibuat melalui organisasi media yang dikuasai Umno.
Katanya, sebab-sebab sesetengah wartawan tidak dikeluarkan pas perhimpunan agung tidak dinyatakan semasa penolakan tersebut.
Wartawan portal-portal berita terbabit dihalang ketika mereka memasuki pusat media pagi tadi – hari ketiga-tiga sayap Umno mengadakan persidangan masing-masing.

No comments
Post a Comment