PR hidu pilihan raya, Muhyiddin nafi
Oleh Syed Jaymal Zahiid dan Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: Para pemimpin Pakatan Rakyat percaya Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak semalam sebagai isyarat pilihan raya umum berada diambang pintu, besar kemungkinan pada awal atau pertengahan tahun depan.
Mereka berkata, bajet itu, yang dihiasi dengan potongan dan insentif cukai, bertujuan untuk mencipta "suasana selesa" bertujuan memikat undi untuk Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata, "perasaan belas kasihan" BN hanya timbul apabila pilihan raya sudah hampir.
"Perasaan belas kasihan kepada rakyat (oleh kerajaan BN) hanya menjelma apabila pilihan raya sudah dekat. Ia seolah-olah nampak tujuan bajet menuju ke arah itu," katanya kepada para pemberita di Parlimen semalam.
Menurut beliau, isu teras masih lagi memerangi rasuah yang gagal ditangani dan inilah sebabnya kenapa aliran masuk pelaburan asing sangat rendah hingga membantut pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Apa yang disebut dalam bajet ialah projek-projek mega bernilai berbilion ringgit," kata Anwar, bekas menteri kewangan dan juga timbalan perdana menteri.
Projek mega membazir
Pentadbiran Najib memilih aktiviti tradisional pakej rangsangan untuk memulihkan ekonomi yang merosot, mengumumkan projek- projek pembinaan mega, disifatkan sebagai membazir oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Wang itu sepatutnya disalurkan kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Di bawah Belanjawan ini, kerajaan juga nampaknya memberi maklum balas terhadap tuntutan asas para pengundi seperti menyekat kenaikan kadar tol selama lima tahun.
Langkah ini dilihat sebagai tindakan BN untuk memikat para pengundi pada pilihan raya yang akan diadakan secara mengejut nanti.
Ahli ekonomi PAS dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkongsi sentimen yang sama dalam kem pembangkang dan berkata, "ini merupakan bajet BN terakhir sebelum pilihan raya."
"Ini bermakna pilihan raya akan diadakan di antara April dan Mei depan," katanya, sambil menegaskan bahawa bajet ini direkacipta untuk menyenangkan hati semua segmen para pengundi.
Beliau menyifatkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mendapat bantahan ramai itu sebagai "gula-gula" untuk rakyat.
Mengulas mengenai isi kandungan bajet itu, Dzulkefly berkata, beliau tidak nampak sebarang penyelesaian terhadap usaha kerajaan untuk menarik pelaburan sektor swasta bagi merealisasikan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Guan Eng: Kelemahan dalam keutamaan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata Bajet 2011 tidak menguntungkan rakyat biasa dan terdapat banyak kelemahan dalam keutamaan-keutamaan yang ditetapkan.
"Adakah kita hendak membina prasarana kewangan atau modal insan?" soal setiausaha agung DAP itu.
Lim berkata, "menabur wang pembayar cukai ke atas projek-projek seperti Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu merupakan satu pembaziran," menambah, "lebih baik dibelanjakan untuk membangunkan modal insan."
Beliau berkata, idea Najib dan kaedah untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 sudah lari dari landasan sebenar.
Ekonomi berpendapatan tinggi bagi Lim bermakna keberadaan para pekerja yang mempunyai kemahiran tinggi dengan kebolehan keusahawanan.
Perbelanjaan operasi semakin membesar
Sementara itu, ketua ekonomis DAP Tony Pua berkata, perbelanjaan operasi kerajaan semakin membesar walaupun berjaya mengurangkan sasaran defisit belanjawan kepada 5.6% tahun lalu.
Muhyiddin: Tidak ada tujuan lain
Di pihak parti pemerintah, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menafikan ianya bajet pilihan raya.
Beliau memberi jaminan bahawa tidak ada tujuan lain dan matlamat utama bajet ialah untuk meningkatkan pembangunan negara seperti yang diharapkan oleh rakyat.
"Bajet ini akan meningkatkan gaya hidup rakyat supaya mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah," katanya, sambil menyatakan keyakinannya rakyat akan menerima bajet ini dengan baik.
"Perdana Menteri menerima banyak maklum balas yang positif, yang saya fikir amat menggalakkan. Bajet ini bersifat inklusif untuk semua sektor dan rakyat akan mendapat faedahnya," tambahnya.
Salah satu ciri utama ialah tidak ada kenaikan kadar tol di sepanjang lebuhraya milik PLUS Expressway Bhd untuk tempuh lima tahun.
Tetapi ini mungkin bermakna kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pemegang konsesi.
Mengenai hal ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany mengesahkan bahawa kerajaan terpaksa memenuhi syarat perjanjian kontrak melalui pembayaran ganti rugi.
"Kita mesti mengakui dan menghormati perjanjian tol itu. Saya tidak mempunyai perinciannya tapi kesemuanya telah diambil kira," katanya.
Berikut adalah reaksi pemimpin-pemimpin BN yang lain mengenai bajet itu: SK Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Negara mesti mempunyai impian. Kita ada menara berkembar dan KLCC.
Kini bangunan 100 tinggi yang baru menjadi "Malaysia Boleh". Ini baik kerana kita semua mesti mempunyai impian. Kesemua projek-projek ini seperti Greater KL dan projek-projek mega yang lain, akan menarik pelaburan langsung asing (FDI)…….dan ini akan memacu pertumbuhan ekonomi sebanyak 5%……sungguh hebat, kita perlu mengekalkannya.
Salah satu lagi elemen yang penting ialah kepimpinan di peringkat akar umbi. Saya fikir beliau (Najib) telah mengambil kira semua ini dengan baik. Saya tidak menganggapnya sebagai bajet pilihan raya….saya bangga kerana apa yang rakyat mahu itulah yang paling penting dalam mana-mana bajet dan di sini kami dapat memenuhinya.
Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Bajet ini memperuntukan dana di kawasan-kawasan pembangunan ekonomi…..kita lihat banyak potensi dalamnya. Kita tahu Iskandar Malaysia di Johor, sebagai contoh, mempunyai banyak potensi……ia menarik pelaburan domestik dan asing, termasuk dari Singapura.
Walaupun SME (Entreprais Kecil dan Sederhana) tidak disebut secara langsung, apa yang dilakukan untuk syarikat-syarikat besar, faedahnya akan mengalir kepada syarikat-syarikat yang lebih kecil.
Kita yakin ekonomi akan berkembang, secara tidak langsung SME akan mendapat faedahnya. Ia akan memberi kesan langsung kepada SME…..sektor perkhidmatan, restauran dan pertanian.
Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia
Mengenai usaha Majlis Perundingan Gaji Nasional yang bertindak sebagai platfom bagi menentukan struktur gaji, saya fikir rakyat
akan gembira kerana inilah apa yang mereka perjuangkan selama ini.
Sudah pasti kami merasakan masa yang sesuai untuk dipertimbangkan melihat kepada situasi sekarang di negara ini. Jadi saya fikir ini boleh membuat semua orang gembira dan dapat memberi semangat kepada golongan berpendapatan rendah supaya mereka
dapat keluar dari belenggu kemiskinan.
Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri
Saya gembira kerana perdana menteri memberi kita peruntukan yang kita minta. Peruntukan ini akan disalurkan untuk menanggani masalah-masalah bagi mengurangkan kadar jenayah dan memperbaiki hubungan di antara berbagai agensi di bawah kementerian. Ini merupakan bajet mesra rakyat yang menumpukan kepada mentransformasi negara ini menjadi negara maju.
Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran
Adalah baik sekarang ini kanak-kanak sekolah diberi vitamin dan suplemen sejajar dengan program susu 1Malaysia. Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan menumpukan kepada kesihatan kanak-kanak.
Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan
Bajet yang holistik dan saya gembira bahawa banyak kemudahan untuk wanita disediakan seperti menambah bilangan hari cuti bersalin. Saya juga menyokong langkah menetapkan gaji minima. Saya berharap penghapusan duti import ke atas item-item mewah akan membuat kita lebih kompetitf dari segi pelancongan dan saya berharap ia dilanjutkan sehingga tahun 2020. Para pelancong dijangka membelanjakan sejumlah RM50 bilion untuk membeli-belah.
Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan
Peruntukan kita telah bertambah dari tahun lepas, ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk penjagaan kesihatan dan memperbaiki kemudahan hospital untuk rakyat. Juga terdapat penambahan dana untuk melatih lebih ramai doktor. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada perdana menteri kerana menubuhkan lebih banyak klinik bergerak dan lebih 25 klinik 1Malaysia.

No comments
Post a Comment