PRK Galas dan Batu Sapi, kenapa tidak serentak?
Oleh : Mohd Suhaimi Al-Maniri
Pilihan Raya Kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada Pas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengundi ialah pada 4 November.
Manakala Pilihanraya Kecil Batu Sapi pula perlu diadakan kerana kerusi Parlimen Batu Sapi turut dikosongkan berikutan penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN (PBS) terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah kereta 9 Oktober lalu
Sementara SPR pula menyatakan tarikh pilihan raya akan diumumkan dalam tempoh 10 hari daripada tarikh kekosongan kerusi itu, selewat-lewatnya pada 19 Oktober depan. Sepatutnya SPR tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pilihan raya kecil diadakan serentak kerana pernah melakukannya sebelum ini di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak pada April tahun lepas.
Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, adalah mustahil pilihanraya kecil Galas akan berlaku serentak Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi sebelum mesyuarat SPR pada hujung minggu ini menampakkan SPR mungkin bergantung kepada pihak lain terlebih dahulu dalam membuat keputusannya.
Ku Li tidak bertanding di Galas, PAS bertanding di Batu Sapi?
Tidak semena-mena nama Tengku Razaleigh Hamzah, yang lebih dikenali sebagai Ku Li mantan Presiden Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang kembali semula kepada UMNO dan BN secara tiba-tiba namanya melonjak naik dalam persada politik UMNO berikutan pilihanraya kecil Galas yang akan diadakan selepas persidangan tahunan UMNO pada hujung bulan ini.
Jika tidak kerana pilihanraya kecil Galas di Gua Musang, nama Ku Li sudah dipedulikan lagi dalam UMNO. Beliau hanya setakat Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan Ahli Parlimen kawasan tersebut sama ada semasa berada dalam BN ataupun PMS46, sebuah parti pembangkang Melayu pada awal hingga pertengahan tahun 1990’an dulu.
Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini. Dalam pada itu UMNO semacam terdesak untuk memperkudakan Ku Li dalam pilihanraya kecilnya dalam usaha mereka untuk merampas kerusi tersebut yang dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum lalu buat pertama kalinya dalam sejarah dengan majoriti tipis, 646 undi sahaja.
Namun, PRU 2008 PAS dapat mencapai kemenangan tipis (majoriti 646) adalah tempias perubahan sikap pengundi terutama pengundi Cina di bandar. Berdasarkan PRU 2008 sokongan diperolehi PAS sekitar 53.96% (54%). Kemenangan PAS tahun 2008 sedikit sebanyak berlaku penolakan rakyat kepada kepimpinan Pak Lah dan pengharapan baru kepada pendekatan sederhana PAS, terutama kesan pendekatan kebajikan pihak Kerajaan Negeri Kelantan.
Apa yang pasti, kedudukan UMNO di sini dilihat lebih berpotensi untuk merampaskan kembali kerusi ini daripada PAS dalampilihanraya kecil ini jika berjaya menampilkan calon yang berjaya diterima rakyat. Berdasarkan tiga PRU yang terakhir (1999, 2004 dan 2008), setelah BN berjaya mengambil alih kerusi ini dari Semangat 46 ekoran pembubaran Semangat 46 menyertai UMNO. Kerusi ini dikuasai oleh S46 pada PRU 1990 dan 1995. Pengaruh reformasi 1998 tidak mengubah sikap pengundi pada PRU 1999 dan 2004 yang kekal dengan BN. Ini bermakna pengaruh krisis pemecatan Anwar Ibrahim tidak berupaya mengubah kesetiaan pengundi BN kepada Ku Li.
Sementara di Batu Sapi Sabah, BN terkejut dengan kekosongan kerusi tersebut dalam keadaan luar jangka berbanding dengan kerusi Galas yang telah sekian lama diidamkan oleh BN untuk mengambilnya semula dalam satu pilihanraya yang ditunggu oleh mereka sejak lebih setahun yang lepas.
Belum pun ada perundingan dengan mana-mana pihak, Fauziah Salleh, Pengarah Pilihanraya Keadilan Rakyat (PKR) terus menuntut kerusi Batu Sapi adalah milik mereka walaupun mereka gagal menghantarkan calon bertanding dalam dua pilihanraya berturut-turut iaitu pada 2004 dan 2008.
Kenyataan Fauziah Salleh ini khabarnya turut tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin PKR Sabah sendiri. Apatah lagi dengan PAS yang sudah lama bertapak di Sabah sejak tahun 1986 lagi berbanding dengan PKR yang munculpada penghujung tahun 1990’an dahulu.
Kegairahan PKR membolot semua 19 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dengan menafikan PAS untuk bertanding walaupun satu kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang lepas adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apatah lagi tiada satu kerusi dimenangi oleh PKR di Sabah berbanding dengan DAP.
Lebih mendukacitakan lagi PKR gagal menghantar calon dalam 2 pilihanraya berturut-turut di Batu Sapi ini. Ketidakmampuan pengaruh PKR jelas di sini, sebagai contoh di DUN Karamungsing dimana dalam PRU-12 calon PKR hanya mendapat 452 undi sahaja berbanding dengan DAP mendapat 1809 undi.
Jika PKR mengatakan PAS tiada pengaruh di Sabah, saya kira di Kelantan, Terengganu malah di sesetengah parlimen dan DUN PKR langsung tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Namun atas semangat setiakawan, PAS tetap diberikan kerusi di Kelantan dan Terengganu untuk bertanding.
Dengan komposisi Batu Sapi dimana muslim membentuk 60% pengundi(60% muslim, 37% cina, 2.6% bumi bukan Islam dan selebihnya lain-lain), maka PAS amat sesuai diberi peluang bertanding di sini setelah PKR gagal menjadi calon dalam 2 pilihanraya bertutut-turut iaitu PRU 11 (2004) dan PRU 12 (2008).
Keadaan ini boleh membalas budi PAS Sabah pernah memberi laluan kepada PKN (kini PKR) pada pilihanraya kecil DUN Likas pada tahun 2001 walhal kerusi N13 Likas adalah milik PAS dimana PAS meletak calon PRU 10 pada tahun 1999.
Maka dalam pilihanraya kecil Batu Sapi kali ini giliran PKR pula berkorban dengan memberi laluan kepada PAS Sabah pula demi keutuhan Pakatan Rakyat di Sabah. PKR yang berada dalam keadaan kelam kabut ekoran pemilihan kepimpinan pada waktu sekarang wajar berkorban tidak bertanding di Batu Sapi. Dengan satu formula baru di mana Parlimen Bt Sapi diberi kepada PAS, DUN Sekong DUN Sekong diberi kepada PKR (80% muslim) diberi kepada PKR dan DUN Karamunting (muslim 44%, cina 53%, bbi 2.3%) diberi kepada DAP berjaya mengelakkan pertandingan sesama sendiri.
Yang Dipertua PAS Sandakan, Abdul Wahid menegaskan bahawa peluang untuk Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili oleh PAS, menang adalah cerah. Ini kerana, PAS Batu Sapi yang diketuai oleh Hamzah Abdullah yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah telah sekian lama menjalankan pelbagai program kemasyarakatan yang memberi kredit kepada PAS. Di samping itu parlimen Batu Sapi mempunyai 60.14% pengundi Bumiputera Islam. Maka dengan imej Islam yang dibawa PAS sudah pasti ia dapat menambat hati pengundi.
Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

No comments
Post a Comment