Setiausaha UMNO Gua Musang antara disebut calon BN
GUA MUSANG 7 Okt. – Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas pada 4 November ini.
Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Zamzani Harun, 39.
Menurut sumber UMNO di sini hari ini, walaupun Ahli Parlimen (MP) Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada awalnya dijangka menjadi pilihan BN tetapi beliau, selaku pengarah pilihan raya kecil itu bagi BN, dipercayai lebih cenderung untuk memilih calon lain.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas akibat kanser pada 27 September lepas.
Penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini, manakala pengundian ialah pada 4 November. – Bernama

No comments
Post a Comment