Sungai Rajang Boleh Dilalui, Tiada Longgokan Kayu Terapung
SIBU, 9 Okt (Bernama) -- Pengusaha dan pemilik perkhidmatan bot penumpang, kargo dan bot laju lega apabila sungai Rajang yang sebelum ini dipenuhi sampah sarap berupa batang kayu yang terapung, kini sudah boleh digunakan.
Sampah sarap berupa batang kayu yang terapung di hilir sungai dari kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit, sejak dua hari lepas telah dihanyutkan ke laut.
Bagaimanapun, para pegawai Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NREB) dan Lembaga Sungai Sarawak (SRB) masih memantau keadaan itu," kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.
"Mereka juga sedang mengkaji kerosakan yang berlaku pada dermaga, jeti dan lain-lain infrastruktur dan akan membantu membersihkan sampah sarap yang tersangkut di situ," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran kerajaan RM10,000 bagi pembinaan sebuah gereja di sini.
Wong mengulangi kenyataannya bahawa sampah sarap itu bukan dari kawasan empangan Bakun di Belaga tetapi dari Balleh di Kapit.
"Kawasan itu dengan kawasan tadahan yang luas telah mengalami taburan hujan yang agak banyak sejak beberapa lepas menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh, hakisan sungai dan banjir.
"Sampah sarap berupa kayu itu hanyut dan mungkin terkumpul di sana sejak 40 tahun atau lebih," katanya.
Bot-bot kini boleh bergerak mengikut jadual harian, dengan selamat.
Sejak dua hari lepas, ia merupakan mimpi ngeri bagi mereka kerana perjalanan bot terpaksa ditangguhkan atau terlewat dari jadual atau perjalanan terpaksa dihentikan separuh jalan kerana jumlah batang-batang kayu yang terapung di hilir sungai terlalu banyak.
Menurut pemilik bot Bahagia Ekspress, Ling Kok Chung, 65, terdapat tidak kurang 25 bot ekspres menggunakan laluan sungai Rajang dengan 16 daripadanya berulang alik melalui kawasan ini dan Kapit setiap hari.
Sementara itu, kejadian itu seolah-seolah satu rahmat kepada penduduk yang tinggal di tebing sungai.
Dengan menggunakan bot panjang, mereka memungut batang-batang kayu yang hanyut itu untuk kegunaan sendiri atau dijual ke kilang kayu papan berdekatan.
Ada juga penduduk mendapat manfaat dengan ikan yang terapung-apung akibat keadaan itu.
Seorang penjawat awam di sini Dollah Salleh, 55, berkata beliau mampu membawa balik enam kilogram ikan Baung dari sungai Igan selepas keluar menangkap ikan selama empat jam mulai pukul 8 malam.
Di Kapit, setengah penduduk lebih bernasib baik kerana mampu menangkap ikan Empurau yang boleh dijual pada harga RM500 bagi satu kilogram.
Di MIRI, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan menolak pendapat bahawa fenomena di sungai Rajang itu menandakan satu bencana akan menimpa.
"Ia bukan satu bencana alam. Saya tidak mahu komen sehingga saya mendapat laporan penuh," katanya kepada pemberita selepa merasmikan persidangan 'Borneo International Beads' 2010.
Katanya semua pihak perlu menghentikan spekulasi mengenai fenomena itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Sesetengah pihak menyalahkan kegiatan pembalakan di hulu sungai atas kejadian itu.
Dr Chan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Negeri, berkata keadaan hujan sejak kebelakangan ini mungkin menyebabkan kejadian itu.

No comments
Post a Comment