Wawancara dengan peguam bela Vui Kong
Written by Faisal Mustaffa
Bersempena dengan Hari Anti-Hukuman Mati Sedunia yang jatuh pada Okt 10 setiap tahun, Amnesty International telah menganjurkan satu majlis simbolik memperingati mangsa-mangsa yang telah dijatuhkan hukuman mati pada hari berkenaan.
Acara simbolik ialah dengan mementaskan sebuah teater berinspirasikan kepada kisah benar yang berlaku kepada seorang remaja, Yong Vui Kong yang akan dijatuhkan hukuman mati kerana diupah membawa 27.7 gram heroin ke Singapura. Pementasan telah pun diadakan pada Okt 10-14 di Singapura. Pementasan yang sama akan diadakan di Pulau Pinang pada Disember 12.
Peguam kepada Yong, M. Ravi (kiri), telah menghadiri majlis Amnesty yang disebut tadi. Saya sempat menemubual beliau sebaik sahaja tibanya di Kuala Lumpur pada Okt 9 lalu. Soal jawab di bawah adalah terjemahan daripada bahasa Inggeris.
Faisal: Bercakap tentang Yong Vui Kong, bagaimana ianya bermula?
Ravi: Saya mulanya diperkenalkan dengan salah seorang rakan peguam yang mana kes ini telah pun diputuskan di Mahkamah Rayuan dan [Yong Vui Kong] dijadualkan untuk menjalani hukuman pada Dis 4, 2009. Peguam tersebut memberitahu bahawa Vui Kong ialah seorang remaja yang berusia 19 tahun semasa kes tersebut bermula.
Kisah yang berlaku terhadap Vui Kong ini mengingatkan teman saya kepada anak lelakinya yang meningkat dewasa. Oleh itu, Vui Kong menjadi topik perbualan di dalam firma guamannya tentang usia mangsa. Mereka juga berbincang tentang sifat Vui Kong yang naïve dan pada dasarnya berasal dari keluarga yang miskin.
Apabila teman saya menceritakan kisah ini, sebagai seorang aktivis menentang hukuman mati, dia bertanya, "apa boleh kita buat?"
Saya memberitahunya, "apa yang kita boleh lakukan? Ini adalah undang-undang Singapura. Tidak seperti negara-negara lain yang [mana hakim] mempunyai [bidang] kuasa seperti China dan India -- di mana hakim-hakim dapat membuat pertimbangan mengenai kes-kes tertentu.
Di Singapura, ia dipanggil hukuman mati mandatori. Saya kemudiannya bersetuju untuk mengambil kes berkenaan dan mencabar hukuman mandatori di Singapura di mana undang-undang Singapura ini tidak berlandaskan undang-undang antarabangsa dan bercanggah dengan piawai antarabangsa yang tidak membenarkan hakim melihat keadaan kes tersebut - latarbelakang tertuduh, umur dan lain-lain.
Ketika anda mengambil kes ini dan mengkaji kes berkenaan, adakah anda menaruh keyakinan bahawa kes ini boleh diselamatkan?
Ya, ada prospek dalam kes ini dan dengan membawa kes ini, kita mungkin boleh mengubah ketidakadilan di dalam sistem kehakiman. Hukuman mati yang dijalankan tidak boleh ditarik balik dan tidak boleh diganti.
Hukuman mati mandatori berbeza degan hukuman mati biasa seperti di Amerika Syarikat. Berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa, hukuman mati mandatori adalah satu hukuman yang amat kejam, tidak berperikemanusiaan.
Tertuduh tidak diberi peluang untuk menyatakan pembelaan mereka. Begitu juga dengan hakim yang membuat keputusan - tidak dibenarkan menilai sesebuah kes berdasarkan latar belakang mangsa. Ia seolah-olah menutup mata hakim; telinga hakim dipekakkan.
Di dalam undang-undang jenayah, ia digelar 'mitigation' (meringankan hukuman). Sekiranya hukuman sudah dijatuhkan, seseorang mangsa itu dibenarkan untuk merayu supaya hukuman mereka tersebut diringankkan. Mitigation tidak dibenarkan di dalam keadaan di Singapura, begitu juga di Malaysia. Namun, berdasarkan undang-undang antarabangsa, keadaan sedemikian ialah satu hukuman yang zalim.
Hujahan yang saya berikan ialah akan berkisar tentang pertikaian ini; sama ada undang-undang di Singapura berlandaskan kepada prinsip Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Oleh yang demikian, undang-undang yang digunapakai di Singapura ialah bercanggah dengan prinsip piawai yang dipersetujui oleh kerajaan Singapura sendiri.
Selepas proses rayuan gagal, apakah ada lagi peluang diberikan kepada mangsa seperti Yong Vui Kong?
Peluang terakhir bagi mangsa seperti Yong Vui Kong ialah atas pengampunan Presiden Singapura. Tetapi terdapat satu lagi isu, sebelum kita memfailkan rayuan terhadap Presiden, Menteri Kehakiman Singapura telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yong Vui Kong layak untuk mati dan kes tersebut tidak boleh diselamatkan lagi. Kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum notis pengampunan dihantar.
Isu kedua ialah di Singapura semasa di Mahkamah Rayuan, Peguam Negara Singapura telah menyatakan bahawa Presiden Singapura tidak mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan. Mengikut undang-undang, mangsa boleh memohon pengampunan daripada Presiden. Tetapi Peguam Negara tidak sependapat sedemikian. Seperti juga hak Yang Dipertuan Agong [di Malaysia] yang dibenarkan untuk memberi pengampunan atas budibicaranya. Undang-undang dan kenyataan Peguam Negara bercanggah antara satu sama lain; undang-undang benarkan pengampunan diberikan manakala Peguam Negara mengatakan Presiden tidak mempunyai kuasa.
Oleh sebab tersebut, saya berpendapat Yong Vui Kong telah dilayan dengan prejudis dan berat sebelah. Sekiranya Presiden tidak mempunyai kuasa, kabinet yang membuat keputusan. Ini sudah menjadi suatu yang di luar peruntukan perlembagaan.
Atas dua keadaan ini, saya merayu kepada kerajaan Malaysia untuk memfailkan aduan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mengembalikan hak keadilan Yong Vui Kong.
Saya difahamkan pada Jan 17, 2011, satu keputusan penting akan dibuat oleh kerajaan Singapura.
Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan yang menimbangkan rayuan saya sama ada Presiden [ada ataupun] tiada kuasa. Saya akan mencabar [Kementerian Kehakiman yang menyatakan Presiden tidak ada kuasa bahawa] Presiden sememangnya ada kuasa. Yang kedua, saya juga mencabar kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kehakiman bersifat prejudis.
Pada hari pertama anda mengenali Vui Kong sehingga sekarang, semasa anda melawatnya di penjara, apakah perkembangan yang anda lihat terhadap remaja itu? Saya difahamkan Vui Kong tidak dibenarkan menerima pelawat.
Ya, bukan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat. Ahli keluarga boleh. Orang luar tidak dibenarkan sama sekali untuk pergi melawatnya. Tetapi, pada setiap siri lawatan bersama keluarga, tangan tertuduh akan digari pada setiap masa dan dipisahkan oleh dinding kaca.
Bercakap mengenai perkembangan Yong Vui Kong, pertama kali saya berjumpa dengan beliau pada Disember 2, 2009, hukuman gantung telah pun dijatuhkan iaitu pada 4 Disember tahun ini. Cuba anda bayangkan, apa yang anda fikirkan apabila anda sudah tahu bahawa anda akan mati pada tarikh tersebut?
Dia tidak mempunyai apa-apa perancangan lagi. Adakah anda rasa dia hendak menjamah makanan, adakah dia hendak membaca buku, adakah dia mahu fikirkan cita-citanya untuk menjadi seseorang yang berguna pada satu hari nanti, adakah dia mahu fikirkan hasratnya untuk memiliki sebuah rumah sendiri?
Sudah tentu apa yang dia inginkan ialah untuk bertemu dengan ibunya. Selain itu, dia tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Lagi pun, apa yang dibuat (untuk menerima upah menghantar dadah) ke SIngapura, hanya untuk membantu ibunya menyara keluarganya. Kita semua tahu apa yang dilakukan adalah salah di sisi undang-undang tetapi niatnya murni.
Sejak Disember 2009 sehingga sekarang, perkembangan Yong Vui Kong amat ketara. Pertama kali saya bercakap dengannya, saya bercakap dalam bahasa Melayu yang nahunya berterabur sama-sekali. Saya mencampur-adukkan bahasa Cina dan bahasa Inggeris pada satu masa.
Tetapi, sekarang dia bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Dia menduduki kelas Bahasa Mandarin. Dia memberi syarahan agama kepada rakan-rakan banduan yang lain, bukan hanya kepada banduan tetapi juga kepada warden-warden yang ada di situ.
Kelakuannya sekarang seolah-olah seperti seorang rahib Buddha. Dia menghabiskan banyak masanya dengan membaca sutra dan menghafalnya. Dia luangkan masanya dengan meditasi.
Jadi, orang di penjara bertanya-tanya mengapa seorang yang alim seperti Yong Vui Kong dijatuhkan hukuman sebegitu teruk. Dia sering berpuasa pada waktu-waktu tertentu mengikut kepercayaan Buddha. Dia edarkan biskut yang diberikan kepadanya untuk banduan-banduan lain. Banyak yang beliau pelajari dan insaf tetapi masih hukuman mati dijatuhkan terhadapnya.
Adakah anda bersetuju sekiranya saya menyatakan bahawa hukuman gantung hanya diberikan kepada golongan kelas bawahan?
Banyak pertubuhan hak asasi mendakwa sedemikian. Alasan mereka ialah pertamanya, keadaan kemiskinan yang melanda kehidupan mereka yang menjurus kepada kegiatan jenayah. Sekiranya kita mengkaji, ramai yang terjerat dengan aktiviti membawa dadah tergolong kepada mereka yang masih remaja dan masih belajar mengenai erti kehidupan. Mereka ini menjadi mangsa kepada pengedar-pengedar dadah yang berleluasa.
Secara umumnya, ke manakah arahnya prestasi hak asasi di Singapura?
Tidak ada banyak perkara yang boleh dibanggakan oleh SIngapura sekiranya berbicara mengenai hak asasi manusia. Singapura berada di tangga yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara ketiga seperti Angola. Dari segi hak kebebasan media, kebebasan berpersatuan - ianya tidak boleh dibanggakan. Dari segi kebebasan berhimpun, Singapura tidak membenarkan seorang berhimpun sendirian untuk memprotes, apatah lagi kalau berhimpun lebih ramai. Sekurang-kurangnya, undang-undang Britain membenarkan sehingga lima orang berhimpun dalam memprotes.
Tetapi, rakyat Singapura banyak yang menyatakan ketidakpuasan hari mereka melalui maya. Singapura sebuah negara yang mempunyai tahap teknologi maklumat yang pantas. Jadi, rakyat Singapura dengan bebasnya boleh bersuara melalui medium-medium seperti blog, Facebook dan Twitter.
Sebagai seorang peguam hak asasi manusia, apakah impian anda?
Supaya lebih ramai lagi akan membantu memulihkan keadaan hak asasi manusia di Singapura. Saya dapat melihat usaha ini berkembang apabila mahasiswa undang-undang dari National University of Singapore berminat untuk mempelajari isu-isu semasa di Singapura yang banyak bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia. Dengan perkembangan sedemikian, saya dapat merasakan bahawa masih terdapat ruang di dalam pemulihan system perundangan di Singapura.

No comments
Post a Comment