UMNO ‘gaji’ mahasiswa di Perhimpunan Agung?
Malaysiakini hari ini mendedahkan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terlibat dengan raptai penuh perhimpunan agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 17 Oktober lalu.
Pendedahan itu dibuat sebaik sidang media oleh Kesatuan Mahasiswa Sedar (KEMAS) yang mendakwa mengenali dua mahasiswa tersebut berikutan gambar mereka tersiar di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 8 Oktober halaman ke 6 di bawah tajuk ‘Puteri mahu bangkitkan kerumitan daftar ahli, pengundi muda dibimbangi beralih arah ke parti pembangkang’.
Dua mahasiswa tersebut yang di dakwa merupakan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM memakai baju melayu berwarna putih dengan songkok hitam dan bersampin yang jelas mempunyai logo UMNO.
KEMAS melalui jurucakap mereka Fathi Hisham mengecam keterlibatan mahasiswa dengan parti politik yang jelas melanggar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) perkara 15 yang menyebut mengenai larangan mahasiswa terlibat dengan mana-mana parti politik, sama ada dalam atau luar Malaysia.
“kami mengecam sekeras-kerasnya penyertaan mahasiswa dan pentadbiran UKM dalam perhimpunan bermula semalam”. Ujarnya.
“seperti mana yang kita tahu sebelum ini seorang pelajar di Universiti Sains Malaysia (USM), apabila gambarnya telah tersiar dengan memakai gambar baju berlogokan satu parti politik, maka dia turut didakwa di bawah akta AUKU ini, maka kami menuntut untuk mereka juga yang terlibat dengan perkara tersebut (raptai penuh perhimpunan agung UMNO) di dakwa.” Ujarnya lagi.
Sementara itu Setiausaha KEMAS, Syamir Zulkefli berkata pihak mereka mengesa agar Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM segera menyiasat kes ini mengikut undang-undang dan prosdur yang seharusnya.
Pihak mereka juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi , Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dalam politik.
Bagaimanapun Syamir ketika ditanya, mereka masih tidak tahu siapa nama mahasiswa terbabit dan pendendahan ini dibuat berdasarkan sumber yang boleh dipercayai namun enggan mendedahkannya dengan lebih lanjut.- Mahasiswakini.com
Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.
Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.
Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.
Cerita: http://www.malaysiakini.com/news/145875
English story: http://www.malaysiakini.com/news/145859

No comments
Post a Comment