Anwar dan Suu Kyi, mempunyai prinsip perjuangan yang sama
SHAH ALAM 21 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Aung Sang Suu Kyi merupakan dua tokoh pejuang kebebasan tulen yang mempunyai prinsip perjuangan yang sama, tegas Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini.
Membidas dakwaan Rachel Motte yang menyatakan perjuangan Anwar dan Suu Kyi amat berbeza, Shamsul berkata, ramai di kalangan tokoh-tokoh politik di Malaysia terlalu terpengaruh dengan idea dan propoganda parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) sehinggakan gagal menilai persamaan antara perjuangan Suu Kyi dan Anwar.
Media arus perdana kawalan Umno-BN sebelum ini menggunakan tulisan Rachel Motte di akhbar mereka, untuk menghentam kewibawaan Anwar sebagai tokoh pejuang di negara ini.
“Perjuangan untuk kebebasan ini bukan hanya sekadar kebebasan fizikal terhadap Suu Kyi, malah kebebasan adalah dalam erti kata yang lebih luas, kebebasan demokratik atau ‘democratic freedom’, kebebasan untuk pilihan raya yang adil, kebebasan mendapatkan akses kepada media, dan kebebasan-kebebasan lain sepertimana yang dijamin di bawah hak asasi manusia, yang diterima pakai secara standart di seluruh dunia,” jelas beliau ketika dihubungi SelangorKini.
Katanya lagi, Anwar berjuang untuk perkara yang sama, iaitu bagi mendapatkan satu pilihan raya yang bebas dan telus, dan kebebasan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnnya di mahkamah.
“Perjuangan-perjuangan ini yang disebut sebagai kebebasan demokrasi merupakan perjuangan yang menjadi asas yang sama dengan perjuangan Suu Kyi untuk membebaskan Myanmar daripada cengkaman tentera junta serta menjadikan Myanmar sebuah negara yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi,” tegas beliau lagi.
Beliau seterusnya menjelaskan, buat masa ini, Suu Kyi hanya diberi kebebasan fizikal, bukan kebebasan sepenuhnya kerana masih tidak diketahui sama ada Suu Kyi akan dibenarkan bergiat aktif dalam parti politik secara bebas, mendapat akses kepada media dan tidak dikenakan apa-apa sekatan untuk bertemu dengan rakyat Myanmar.
“Kita melihat bagaimana media disekat di Malaysia, tiada ruang yang bebas untuk Anwar memberikan pandangannya dan sekatan terhadap liputan-liputan positif terhadap beliau di dalam media. Banyak sekatan dikenakan terhadap beliau sama ada dalam ceramah umum ataupun di dalam ceramah-ceramah di universiti,” kata beliau lagi.
Shamsul seterusnya menjelaskan, perjuangan Anwar di Malaysia adalah sama sepertimana yang dilalui oleh Suu Kyi dari segi perjuangan untuk kebebasan demokratik di negara masing-masing.

No comments
Post a Comment