Teresa Kok Dipilih Sebagai Pengerusi Baru DAP Selangor
PETALING JAYA, 28 Nov (Bernama) -- Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baru pada konvensyen DAP negeri kali ke-16, di sini Ahad.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi manakala Anggota Parlimen Klang Charles Santiago dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Kim dipilih sebagai Naib Pengerusi.
Jawatan Setiausaha DAP Selangor dimenangi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, manakala Penolong Setiausaha dan Bendahari masing-masing dimenangi oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Subang Jaya Hannah Yeoh Tseow Suan.
Menerusi undi sulit, 15 anggota jawatankuasa yang dipilih membuat keputusan rombakan itu dan memilih Kok sebagai Pengerusi negeri.
Ketika 15 anggota itu mengadakan mesyuarat segera untuk memilih Pengerusi, Kok dan Teng dicadangkan untuk jawatan Pengerusi dan beliau menang dengan kelebihan satu undi menerusi undi sulit.
Lebih 800 perwakilan mengundi untuk memilih calon pertandingan dengan diketuai oleh Kok, yang juga Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dan sebuah kumpulan lagi yang diketuai oleh Teng.
Ketika ditemui pemberita, Kok berkata beliau sangat gembira dengan keputusan pemilihan itu dan berjanji akan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan dan rombakan dalam parti dalam usaha untuk mara ke hadapan," katanya.

No comments
Post a Comment