Saifuddin: IPTA dikesan sekat pelajar undang pemimpin termasuk menteri

TEMERLOH, 25 Nov — Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disaran agar mengurangkan karenah birokrasi dalam menggalakkan penuntutnya menganjurkan kegiatan yang mendekati pemimpin supaya mereka dapat bersemuka dan meluahkan keperluannya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata saranan ini dibuat memandangkan ada sesetengah IPTA dikesan menyekat hasrat penuntutnya untuk mengundang pemimpin termasuk menteri dalam aktiviti anjuran mereka.

Beliau yang dipetik Bernama berkata, beliau ada menerima aduan berhubung perkara itu dengan alasan majlis yang dianjurkan penuntut tersebut bersifat tidak rasmi dan hanya kecil-kecilan.

“Karenah birokrasi seumpama ini bukan sahaja menyekat kebebasan pelajar untuk bertemu pemimpin dan menjalankan aktiviti, malah ia tidak wajar. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengalakkan pelajar mengadakan majlis dan bertemu pemimpin bagi menyatakan masalah mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Saifuddin berkata tidak perlu pertemuan dengan pemimpin diadakan secara formal atau besar-besaran memadai dengan bersembang minum teh.

dalam makna tu

No comments

Powered by Blogger.