Tunggu pemeriksaan audit ke atas PKNS- Faekah
SHAH ALAM, 25 Nov – Setiausaha Poitik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menegaskan, kerajaan negeri masih menunggu hasil pemeriksaan audit ke atas Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) bersabit peruntukkan yang dikaitkan dengan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muzsaphar Shukor.
Faekah menjelaskan laporan audit itu dijangka siap dalam tempoh seminggu.
“Menteri Besar dah mengarahkan audit dalaman dan luaran yang bebas dan berkecuali untuk mendapat semua maklumat mengenai hal tersebut dari PKNS. jadi biarlah kita tunggu laporan dari kedua-dua badan itu,” katanya.
Faekah berkata demikian ketika diminta mengulas penafian keluarga Sheikh Muzsaphar bahawa PKNS menaja majlis perkahwinannya pada bulan lalu.
Beliau berkata walaupun ayah angkasawan itu mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan pendirian keluarga, pihaknya tetap menunggu hasil pemeriksaan audit untuk tujuan ketelusan.
“Sehingga hujung ini laporan audit ini akan dikeluarkan. Pada saya bukan untuk menyerang mana-mana individu. Apatah lagi angkasawan negara keluarga dan sebagainya. Itu kena faham jangan sentimental dalam hal tersebut,” katanya.

No comments
Post a Comment