Syabas guna RM10b aset rakyat
SHAH ALAM, 25 Nov – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya memiliki aset bernilai kira-kira RM1.5 bilion tetapi menggunakan aset air yang dimiliki kerajaan negeri melebihi RM10 bilion untuk membuat keuntungan melampau, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, penilaian yang dibuat oleh Sulaiman & Co pada 2004 terhadap aset kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Perbadanan Urus Air Selangor (Puas), termasuk loji-loji perbersihan air, empangan-empangan dan paip-paip pengedaran air, melebihi RM10 bilion.
“Nilai harta yang dilakukan itu sama dengan penilaian yang dijalankan oleh kerajaan negeri sekarang. Malangnya kerajaan negeri Umno-BN ketika itu tidak meneliti sepenuhnya perjanjian yang menyatakan Selangor boleh menubuhkan satu pasukan kawal selia mengeni aset-aset dan operasi Syabas.
Ini membolehkan Syabas menggunakan aset kerajaan negeri untuk membuat keuntungan berlipat ganda dan pada masa sama menaikan harga air yang membebankan rakyat.
“Kerajaan negeri Umno-BN yang lalu dan Kerajaan Persekutuan tidak sensitif terhadap cara-cara pengswastaan dalam menentukan hak-hak negeri,” kata Khalid.
“Bayangkan kalau aset RM10 bilion dikenakan sewa sebanyak 2 peratus setahun, sudah tentu kerajaan negeri akan menikmati RM200 juta setahun dan boleh kita gunakan untuk menolong rakyat miskin mendapat lebih banyak air percuma sebagai hak asasi mereka,” katanya.
Tan Sri Khalid berkata, penyusunan semula industri air di bawah Akta Air atau Water Act (Wasiah), perlu dilakukan bagi memperbetulkan kerugian yang dialami beberapa kerajaan negeri akibat pengswastaan hak asasi rakyat.
Menurut beliau, pengambilan balik pengurusan air oleh kerajaan Selangor daripada syarikat-syarikat konsesi Abbas, Splash, Syabas dan Puncak Niaga tidak membelakangkan kepentingan pemilik-pemilik saham konsesi.
Beliau berkata, penasihat-penasihat kerajaan negeri mencadangkan pulangan yang berpatutan kepada pemilik saham agar mereka tidak mengalami kerugian iaitu sebanyak 12 peratus setahun ke atas nilai saham yang dimiliki.
“Berdasarkan kiraan 2009, julmah yang kita tawarkan ialah RM5.7 bilion dan kita sedia mengambil kira nilai-nilai bon yang telah diapungkan oleh syarikat konsesi air untuk menjalankan operasi loji pembersihan air dan empangan, seperti yang dikehendaki dalam operasi mereka.
“Bagaimanapun, penasihat-penasihat air negeri Selangor berpendapat, jika kerajaan negeri bayar melebihi 50 peratus setahun, rakyat akan menanggung akibatnya iaitu kenaikan tarif bagi menampung tawaran yang begitu tinggi,” tegas beliau.
Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengambil alih pengurusan air kerana rundingan mengenainya mesti diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Bagaimanapun, Menteri Besar menegaskan bahawa perjanjian yang bakal ditandatangani mesti meliputi beberapa perkara iaitu:
1. Kerajaan Pusat harus mengambil kira nilai aset-aset air milikan kerajaan Selangor
2. Menentukan harga pembelian daripada pemilik konsesi adalah berpatutan dan tidak akan membawa kepada kenaikan harga air yang membebankan rakyat.
3. Kerajaan negeri Selangor diberi ruang menerokai punca-punca air baru bagi memastikan bekalan berterusan kepada pengguna.
Khalid membayangkan bahawa kerajaan Selangor tidak akan tunduk kepada sebarang perjanjian yang meminggirkan kepentingan pengguna.
“Kalau mereka fikir nak buat bisnes atas hak asasi rakyat, untuk memerah hak asasi rakyat, bermakna mereka mempunyai falsafah yang berbeza daripada kita,’ kata beliau.
“Saya rasa, akhirnya rakyat akan tahu orang-orang yang mempunyai kepentingan ini akan menjual rakyat dan mereka sanggup membayar atau memberi rasuah kepada pihak yang boleh memutar belitkan fakta-fakta bagi mengelirukan rakyat ,” katanya.

No comments
Post a Comment