Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat bermula
SHAH ALAM, 29 Nov – Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) bermula di Shah Alam, pagi ini.
Persidangan tersebut, yang diadakan di Kompleks Perumahan Pegawai Kerajaan di Seksyen 7, di sini dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar, Kelantan dan Kedah, Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Azizan Abdul serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Persidangan yang berlangsung selama sehari itu, bertemakan ‘Meneruskan Cita-Cita Rakyat’
Antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan itu ialah ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, pembangunan masyarakat dan komunikasi massa.
Isu-isu lain yang turut akan dibincangkan termasuklah isu tanah termasuk Felda,Felcra, tanah adat di Sarawak, air, tol dan masalah pekerja.
Persidangan berkenaan dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan Menteri Besar Selangor, selaku tuan rumah dan juga amanat daripada Menteri Besar Kelantan dan Kedah serta Ketua Menteri Pulau Pinang, sebelum sesi pembentangan kertas kerja dimulakan.
Dalam pada itu, Azizan dalam ucapannya berkata, musuh cuba memecahbelahkan perpaduan serta kerjasama di kalangan Pakatan dengan mengulangi tohmahan dan pembohongan sehingga ia berubah menjadi sebagai fakta.
Sehubungan itu katanya, Pakatan wajar bangkit menangkis segala tohmahan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz pula dalam ucapannya menyifatkan semua masalah dan kemelut yang berlaku di negara adalah berpunca daripada Umno-BN.

No comments
Post a Comment