Wan Azizah: Bersiap hadapi pilihanraya
PETALING JAYA: “Ketuanan Melayu” adalah satu konsep ciptaan mereka yang bergelumang dengan rasuah semata-mata untuk kepentingan sendiri, kata Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail Dalam ucapan dasar di kongres nasional parti di sini hari ini, beliau meminta orang Melayu meninggalkan konsep tersebut.
"Golongan elit itu menggunakan konsep tersebut untuk memperdaya kaum mereka sendiri," katanya.
Beliau menambah, tiada bangsa menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.
"Apabila mereka (bangsa) bermaruah mereka akan menjadi agung dan dipandang tinggi. Kalau mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu," katanya lagi.
Dalam ucapannya, Wan Azizah meminta ahli PKR bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Beliau menjangka kemungkinan berlaku pilihanraya umum secara mengejut.
“Jika khabar angin benar, maka ini merupakan kongres terakhir sebelum menghadapi pilihanraya umum," katanya.
Menurutnya, menjadi tanggungjawab untuk mempertahankan hak rakyat.

No comments
Post a Comment