PKR bergelumang dengan masalah, BN masih bergelumang dengan salah laku

PKR sedang menghadapi dugaan besar dan ianya boleh dilihat dengan jelas semasa PKR mengadakan Persidangan Agungnya hari pertamanya semalam. Baik didalam atau diluar Dewan Persidangan keadaan tidak tenteram dilihat berlaku.

Diluar dewan sekumpulan ahli PKR menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan parti dan ini tentunya lanjutan kepada keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Pesiden PKR dan seterusnya meninggalkan parti itu.

Dalam keadaan kepincangan semasa persidangan agung tahunannya, persidangan itu telah mengambil ketetapan untuk memberikan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto PKR. Walaupun ada cadangan dari Wanita PKR untuk dijadikan Anwar sebagai pemimpin de facto diwujudkan secara formal dan dimasukkan kedalam perlembagaan parti namun Wan Azizah, Presiden parti itu menolak usul itu kerana struktor kepimpinan yang ada adalah baik dan tidak perlu dipinda atau dianjak.

Hasil dari perbalahan yang berlaku didalam PKR ada pihak yang bertentangan dengan parti itu merasa gembira dan menganggapnya sebagai hikmah bagi mereka yang sedang berkuasa. Ada pihak mengambilnya sebagai proses ‘elimination’ dalam PKR dan yang tinggal itu adalah yang benar-benar setia sahaja yang akan bergerak dengan lebih cemerlang pada masa yang akan datang dan akan memberikan kekuatan kepada parti itu.

Apa pun pandangan dan persepsi siapa pun ianya tidak bermakna UMNO dan BN akan pasti mendapat ‘advantage’ dalam pilihanraya yang akan datang. Jika kepimpinan UMNO dan ahli-ahlinya merasakan ini akan pasti membawa kemenangan kepada BN ini merupakan satu pandangan dan persepsi yang amat salah.

Kalau diimbau kembali apa yang berlaku dalam pilihanraya yang lalu PKR semasa itu belum pun setabil malahan PKR menghadapi untuk mencari calun-calun untuk diturunkan bertanding. Itulah sebabnya ramai diantara ahli-ahli Lagislative samada diParlimen atau diDewan-Dewan Undangan negeri adalah dari mereka yang tidak mempunyai ‘disposition’ yang baik dan PKR wajar menggantikan mereka untuk menjamin penerimaan pengundi-pengundi.

Ramai penyandang yang ada mewakili PKR sekarang ini tidak akan mendapat kemenangan kali ini jika mereka tidak digantikan dengan calun-calun yang lebih baik dari mereka yang ada sekarang ini.

Jika PKR benar-benar serius untuk menjadi parti ‘alternative’ maka calun-calunnya mestilah dari mereka yang berwibawa dan mempunyai pembawaan peribadi yang baik dan dikenali oleh pengundi-pengundi tempatan. PKR mesti berani dan mempunyai kekuatan untuk berubah kerana sokongan yang diperolehi dalam pilihanraya yang akan tidak sama dengan sokongan yang didapati dalam pilihanraya yang lalu.

Jika PKR tidak berusaha untuk mencari calun-calun yang baik maka ianya akan mengalami apa yang dialami oleh UMNO. UMNO sedang menghadapi delima pemilihan calun-calun pilihanraya kerana memilih calun-calun dari kalangan pemimpin bahagian dalam mana mereka mendudukki barisan kepimpinan bahagian melalui proses pemilihan yang tidak legitimate.

Budaya ‘patronizing’ dalam UMNO menjadikan mereka yang tidak layak menjadi barisan kepimpinan banyak bahagian-bahagian diseluruh negara. Budaya ini juga agak jelas berlaku didalam PKR, tetapi tidak seburuk yang berlaku didalam UMNO kerana kaedah pemilihan secara ‘direct’ yang dilakukan dalam PKR sedikit sebanyak telah memilih mereka yang dikenali dan disukai dari kalangan mereka yang keluar mengundi.

Tetapi oleh kerana tidak ramai dari ahli keluar membuang undi dalam pemilihan parti kali pertamanya ini, maka pimpinan yang dipilih tidak lah begitu ‘representative’ kepada kehendak ramai.

Yang akan menjadi asas penghakiman dari rakyat ialah samada parti pemerintah bersedia untuk menjadi hamba kepada rakyat dan memberikan khidmat kepada mereka seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara maju yang secara ‘relative’nya lebih telus dan ‘people friendly’.

Samada PKR dan PR mampu untuk menerima dugaan politik yang besar ini bukan menjadi hal sangat. Yang lebih penting ialah samada UMNO dan BN mampu berubah.

UMNO sebagai parti pemerintah masalah perhubungan diantara ahli-ahli, walaupun ada perpecahan tetapi kuasa yang ada pada UMNO itu boleh membendung perpecahan itu dari dilihat dan ditutupi dari pemerhatian rakyat.

Tetapi didalam pilihanraya keputusan mereka untuk mengundi hanya akan dibuat didalam bilik mengundi dan disanalah akan dinyatakan segala keluhan dan gulana mereka. Ahli UMNO tidak akan keluar parti tetapi mereka mempunyai keberangkalian membelakangkan partinya dalam bilek mengundi. Itu pun yang berlaku didalam pilihanraya yang lalu dimana hanya 2 juta ahli UMNO yang memberikan undi kepada parti mereka sedangkan ahli-ahli UMNO adalah seramai 3.2 juta orang.

Rakyat masih keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana semua peluang yang mega hanya diperolehi oleh segelintir kumpulan atau kroni yang hampir dan berkuasa dalam dunia korporat tanah air. Segala yang asas yang mampu dilakukan oleh GLCs dan badan-badan yang mempunyai kepenting Bumiputra dan rakyat keseluruhannya diberikan kepada syarikat besar-besar yang sama sejak pertengahan lapan puluhan dulu.

Yang terakhir kita telah mendengar bagaimana YTL telah diberikan ‘head start’ untuk mengendalikan 700 MHz spectrum. YTL diberikan contract untuk menyiapkan ‘infrastructure’ kepada projek mega ini. Kenapa ‘infrastructure’ ini tidak dilakukan oleh Telikom sendiri kerana YTL akan mengambil kesempatan untuk membohongi semua pihak yang kos ‘infrastructure’ itu hanya memakan kos tidak sampai RM 250 juta.

Jika Telikom tidak mahu membina kemudahan asas untuk 700 MHz ini kita ada Khazanah dan banyak lagi GLCs yang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan asas ini dengan kos yang rendah. Kenapa YTL begitu istemewa dan kenapa pihak lain yang mempunyai pengetahuan tentang isu ini tidak diberikan kesempatan. Semua orang tahu YTL tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini dan bidang ini bukanlah 'core' bisness bagi konglomerat istimewa ini. Yang hanya ada keada YTL ialah kepandaian menjual tenaga letrik kepada TNB dengan pembayaran diperolehi setiap minggu.

Kenapakah GLCs atau 'public companies by Guarantee ini tidak kembali kepada asas dan tujuan GLCs ini diwujudkan. Bukan tidak ada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan lebih dari 3 dekad dahulu dalam penubuhan syarikat-syarikat kerajaan ini. Kenapa penggubal dasar dan pelaksana tidak mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan itu? Nampaknya GLCs yang ada pada hari ini hanya menonjolkan dan mebina ego dan glamour ketua-ketua eksekutif mereka sahaja. Segala dasar yang ada tidak diendahkan secara total.

Saya akan menulis tentang isu ini kerana ianya mempunayi elemen salahguna wang rakyat yang dilakukan secara terancang. Jika projek seperti ini terus diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya maka kos kehidupan rakyat akan menjadi tinggi kerana kemudahan ini akan diguna pakai oleh semua lapisan rakyat tidak lama lagi.

Kos penyelengaraan ini harus dan wajar dilakukan oleh Telikom, PNB, Khazanah dan badan-badan yang berkepentingan orang Melayu agar ianya akan membolehkan rakyat membayar perkhidmatannya dengan lebih murah.

Kepada Najib, anda wajar diingati; yang akan menggunakan perkhidmatan ini adalah rakyat maka ini sepatutnya diberikan perhatian serius kerana kos kehidupan yang akan dialami oleh rakyat akan bertambah dengan begitu tinggi jika segala parcel projek ini diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya.

Rakyat kena tahu isu ini sampai keakar umbi. MCMC wajar diperhatikan dengan teliti dan kita lihat samada badan ini mempunyai moral dan intergriti yang baik dalam isu ini.

Jika isu ini tidak mendapat jawapan yang memuaskan, ia akan memberikan kemampuan PKR untuk melalui dugaan yang mereka sedang hadapi kerana parti itulah yang akan menjadi pilihan untuk melakukan protest terhadap ketidak adilan pembahagian peluang yang ada dalam negara ini.

Rakyat jemu dengan tanggung jawab menjaga kepentingan parti yang memerintah, tetapi apabila berjaya yang memakan serta ‘muntah kedarah’ segala kekayaan negara diberikan kepada kumpulan manusia yang sama yang berkemampuan untuk membayar segala ‘favors’ yang mereka dapati itu dalam bentuk rasuah dan bermacam-macam lagi.

Rakyat dijadikan seperti kerbau disawah; membajak pagi hingga kepetang, tetapi yang kenyang hanyalah seekor dua tikus didalam kepuk padi.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/11/pkr-bergelumang-dengan-masalah-bn-masih.html

No comments

Powered by Blogger.