Bekas pemimpin PKR S'gor ketuai protes antipemilihan
Abdul Rahim Sabri
Kira 50 orang yang mengaku ahli PKR membuat 'protes senyap' diluar Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya pagi ini kerana membantah proses pemilihan PKR yang didakwa tidak telus.
Protes tersebut diketuai oleh bekas bendahari PKR Selangor KS Kottapan sejurus sebelum Kongres PKR kira-kira jam 9.10 pagi di luar pintu pagar masuk ke dewan persidangan.
Mereka berhimpun selama kira-kira 15 minit sebelum diarahkan bersurai oleh pengawal keselamatan PKR yang ditugas mengawal keselamatan penjalanan kongres.
Mereka memegang beberapa buah kain rentang. Paling menonjol yang bertulis "General Anwar please resign, we don't need A dictator in our party" (Jenral Anwar sila berundur, kami tidak perlu diktator dalam parti).

No comments
Post a Comment