Chong Eu meninggal dunia

GEORGE TOWN - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr. Lim Chong Eu meninggal dunia pukul 9 malam tadi setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.

Chong Eu, yang berusia 91 tahun, meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah di sini setelah dibawa balik dari hospital itu petang semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ketika dihubungi mengesahkan berita mengenai kematian Chong Eu itu.

Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Tsu Koon.

Chong Eu dimasukkan ke unit rawatan kecemasan HPP pada 26 Oktober selepas beliau dipercayai mengalami strok. Antara pemimpin negara yang telah menziarahi beliau ialah bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Luar Singapura George Yeo, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

No comments

Powered by Blogger.